Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah widget pada iPad

Widget Paparan Hari Ini menunjukkan anda maklumat semasa daripada app kegemaran anda, pada sekilas pandang—tajuk berita hari ini, cuaca, peristiwa kalendar, paras bateri dan banyak lagi. Anda boleh menambah widget ini ke Skrin Utama anda untuk memastikan maklumat ini berada di hujung jari anda.

Skrin Utama dengan widget Paparan Hari Ini—termasuk widget Foto, Cuaca, Petua dan Peringatan—dipinkan pada Skrin Utama bersebelahan ikon app.

Buka Paparan Hari Ini

Leret ke kanan dari pinggir kiri Skrin Utama atau Skrin Kunci.

Kekalkan widget Paparan Hari Ini pada Skrin Utama anda

Anda boleh mengekalkan widget Paparan Hari Ini pada Skrin Utama anda bersebelahan app anda apabila iPad berada dalam orientasi landskap.

  1. Dengan iPad dalam orientasi landskap, buka Paparan Hari Ini daripada Skrin Utama, kemudian sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga app bergoyang.

  2. Aktifkan Simpan di Skrin Utama, kemudian ketik Selesai.

Petua: Widget yang dipanggil Tindanan Pintar (widget yang mempunyai titik di sebelahnya) ialah set daripada beberapa widget yang menggunakan maklumat seperti masa, lokasi anda dan aktiviti untuk memaparkan widget yang paling berkaitan pada masa yang sesuai dalam hari anda. Anda boleh meleret menerusi Tindanan Pintar untuk melihat widget kandungannya.

Tambah widget daripada galeri widget

  1. Buka Paparan Hari Ini, kemudian sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga app mula bergoyang.

  2. Ketik butang Tambah Widget di bahagian atas skrin untuk membuka galeri widget.

    Galeri widget pada iPad menunjukkan widget termasuk widget Nota, Jam, Kalendar, Foto, Peta, Muzik dan Podcast.
  3. Skrol atau cari untuk mencari widget yang anda mahu, ketik widget, kemudian leret menerusi pilihan saiz.

    Saiz berbeza memaparkan maklumat yang berbeza.

  4. Apabila anda melihat saiz yang anda mahu, ketik Tambah Widget, kemudian ketik Selesai.

Petua: Widget yang dipanggil Tindanan Pintar (widget yang mempunyai titik di sebelahnya) ialah set daripada beberapa widget yang menggunakan maklumat seperti masa, lokasi anda dan aktiviti untuk memaparkan widget yang paling berkaitan pada masa yang sesuai dalam hari anda. Anda boleh meleret menerusi Tindanan Pintar untuk melihat widget kandungannya.

Keluarkan atau susun semula widget

  1. Dalam orientasi landskap, buka Paparan Hari Ini pada Skrin Utama.

  2. Sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga app mula bergoyang, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Keluarkan widget: Ketik butang Pengeditan pada widget, kemudian ketik Keluarkan.

    • Susun semula widget: Seret widget ke lokasi baru dalam paparan Hari Ini.

Edit widget

Anda boleh menyesuaikan kebanyakan widget supaya widget memaparkan maklumat yang anda mahu. Contohnya, anda boleh mengedit widget Cuaca untuk memaparkan ramalan lokasi anda atau tempat berbeza. Atau anda boleh menyesuaikan Tindanan Pintar untuk mengitar menerusi widget secara automatik berdasarkan perkara seperti aktiviti anda, hari dalam sehari dan seterusnya.

  1. Pada Skrin Utama anda, sentuh dan tahan widget untuk membuka menu tindakan cepat.

  2. Ketik Edit Widget jika widget muncul (atau Edit Tindanan, jika ia Tindanan Pintar), kemudian pilih pilihan.

    Contohnya, untuk widget Cuaca, anda boleh mengetik Lokasi, kemudian pilih lokasi untuk ramalan anda.

    Untuk Tindanan Pintar, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Putar Pintar dan menyusun semula widget dalam tindanan dengan menyeret butang Susun Semula bersebelahannya.

  3. Ketik latar belakang Skrin Utama.

Keluarkan Paparan Hari Ini daripada Skrin Utama anda

  1. Sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga app bergoyang.

  2. Nyahaktifkan Simpan di Skrin Utama, kemudian ketik Selesai.

    Apabila anda menyeret ke kiri pada Skrin Utama anda, Paparan Hari Ini akan dialih keluar daripada skrin.

Benarkan akses ke Paparan Hari Ini apabila iPad dikunci

  1. Pergi ke Seting , kemudian bergantung pada model anda, lakukan satu daripada yang berikut:

    • Face ID & Kod Laluan

    • Touch ID & Kod Laluan

    • Kod Laluan

  2. Masukkan kod laluan anda.

  3. Aktifkan Paparan Hari Ini (di bawah Benarkan Akses Apabila Dikunci).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.