Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Muat turun, simpan atau sembunyikan episod podcast pada iPad

Dalam app Podcast , anda boleh memuat turun episod, menyimpan kegemaran anda dan menyembunyikan episod yang anda telah mainkan.

Tab Pustaka menunjukkan senarai episod.

Simpan dan muat turun episod

Muat turun episod supaya anda boleh memainkannya semasa anda di luar talian.

  1. Ketik episod untuk melihat halaman maklumatnya.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Simpan Episod.

    Atau anda boleh meleret ke kiri pada episod dan mengetik butang Simpan.

Untuk mengeluarkan episod yang anda muat turun, ketik Pustaka, ketik Muat Turun, ketik butang Lagi, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

Apabila anda menyimpan episod, episod dimuat turun secara automatik supaya anda boleh mendengarnya di luar talian. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, pergi ke Seting > Podcast, kemudian nyahaktifkan Muat Turun Semasa Menyimpan. Untuk menukar seting muat turun anda bagi seluruh podcast, lihat Tukar seting muat turun anda untuk Podcast pada iPad.

Keluarkan episod dimuat turun

  1. Ketik episod untuk melihat halaman maklumatnya.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

Sembunyikan episod yang anda telah mainkan

  1. Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.

  2. Ketik butang lagi, kemudian ketik Seting.

  3. Ketik Sembunyikan Episod Dimainkan, kemudian pilih Aktif atau Tak Aktif.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.