Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Muat turun, simpan, keluarkan dan kongsi episod podcast pada iPad

Dalam app Podcast, anda boleh memuat turun, menyimpan dan berkongsi episod podcast.

Muat turun episod

  1. Pergi ke app Podcast pada iPad anda.

  2. Cari atau layari untuk mencari rancangan.

  3. Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.

  4. Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik butang Muat Turun.

    Anda juga boleh mengetik butang Lagi di bawah episod, kemudian ketik Muat Turun Episod.

Simpan episod

  1. Pergi ke app Podcast pada iPad anda.

  2. Cari atau layari untuk mencari rancangan.

  3. Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.

  4. Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik butang Simpan.

    Anda juga boleh mengetik butang Lagi di bawah episod, kemudian ketik Simpan Episod.

Apabila anda menyimpan episod, episod dimuat turun secara automatik supaya anda boleh mendengarnya di luar talian. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, pergi ke Seting  > App > Podcast, kemudian nyahaktifkan Muat Turun Semasa Menyimpan.

Keluarkan episod yang disimpan

  1. Pergi ke app Podcast pada iPad anda.

  2. Dalam bar sisi, di bawah Pustaka, ketik Disimpan, kemudian ketik rancangan.

  3. Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik Nyahsimpan.

    Anda juga boleh mengeluarkan episod yang disimpan semasa melihat senarai episod atau halaman maklumat episod. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Nyahsimpan Episod.

Keluarkan episod dimuat turun

  1. Pergi ke app Podcast pada iPad anda.

  2. Dalam bar sisi, di bawah Pustaka, ketik Dimuat Turun, kemudian ketik rancangan.

  3. Leret ke kiri pada episod, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

    Anda juga boleh mengeluarkan episod yang dimuat turun semasa melihat senarai episod atau halaman maklumat episod. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

Keluarkan semua episod yang dimuat turun daripada rancangan

  1. Pergi ke app Podcast pada iPad anda.

  2. Dalam bar sisi, di bawah Pustaka, ketik Rancangan, kemudian ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

Keluarkan semua episod dimuat turun

  1. Pergi ke app Podcast pada iPad anda.

  2. Dalam bar sisi, di bawah Pustaka, ketik Dimuat Turun.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Keluarkan Semua Muat Turun.

Kongsi rancangan atau episod podcast

  1. Pergi ke app Podcast pada iPad anda.

  2. Cari atau layari untuk mencari rancangan.

  3. Ketik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya. Jika anda mahu berkongsi episod khusus, ketik episod.

  4. Ketik butang Lagi berhampiran kanan atas skrin, kemudian ketik Kongsi Rancangan atau Kongsi Episod.

  5. Secara pilihan, tentukan masa mula untuk episod dikongsi. Ketik Daripada Mula, kemudian pilih Daripada [masa].

    Episod dikongsi bermula daripada titik anda mendengar apabila anda mengetik Kongsi.

  6. Pilih cara untuk berkongsi rancangan atau episod.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.