Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bekerja dengan templat dalam Peringatan pada iPad

Dalam app Peringatan, anda boleh menyimpan senarai sebagai templat untuk digunakan semula bagi rutin, senarai pembungkusan dan banyak lagi. Cipta pautan untuk menerbitkan dan berkongsi templat dengan orang lain, atau muat turun templat yang orang lain kongsikan.

Simpan senarai sebagai templat

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Di atas senarai, ketik butang Lagi, kemudian ketik Simpan sebagai Templat.

  3. Masukkan nama untuk templat.

  4. Aktifkan atau nyahaktifkan Sertakan Peringatan Selesai, kemudian ketik Simpan.

Selepas anda membuat templat daripada senarai, sebarang perubahan yang anda buat pada senarai tersebut tidak mempengaruhi templat.

Buat senarai baharu daripada templat

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Di atas senarai anda, ketik butang Lagi, ketik Templat, kemudian ketik nama templat.

  3. Masukkan nama untuk senarai, kemudian ketik Cipta.

Edit atau padam templat

Sebarang perubahan yang anda buat pada templat tidak mempengaruhi senarai yang dicipta sebelum ini daripada templat.

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Di atas senarai anda, ketik butang Lagi, ketik Templat, kemudian ketik butang Edit.

  3. Pilih satu daripada berikut:

    • Edit Templat: Tambah, edit, atau padam sebarang item dalam templat. Anda juga boleh menukar nama, warna dan ikon untuk templat.

    • Padam Templat: Keluarkan templat.

Kongsi templat

Apabila anda berkongsi templat, pelayan Apple mempunyai akses supaya sesiapa dengan pautan boleh memuat turun salinan templat pada peranti yang menggunakan iOS 16, iPadOS 16, macOS 13, atau lebih baharu. Anda boleh memilih sama ada untuk menyimpan sebarang tarikh, tag atau lokasi dalam templat dikongsi; imej dikeluarkan.

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Di atas senarai anda, ketik butang Lagi, ketik Templat, kemudian ketik butang Edit bersebelahan templat yang anda mahu kongsikan.

  3. Ketik Kongsi Templat, kemudian pilih kaedah perkongsian.

Untuk mengurus templat dikongsi, ketik butang Lagi, ketik Templat, ketik butang Edit, kemudian ketik Urus Pautan.

Jika anda membuat perubahan kepada templat selepas berkongsi, anda boleh mengemas kini versi dikongsi. Sesiapa sahaja yang memuat turun versi sebelumnya akan perlu memuat turun templat lagi untuk mendapatkan kemas kini.

Jika anda berhenti berkongsi templat, ini tidak akan mempengaruhi sesiapa sahaja yang telah memuat turun templat.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.