Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ringkaskan pemberitahuan dan kurangkan gangguan dengan Apple Intelligence pada iPad

Dengan pengetahuannya tentang bahasa yang mendalam, Apple Intelligence* boleh membantu memadatkan maklumat yang paling penting untuk anda. Pemberitahuan diringkaskan supaya anda boleh mengimbasnya untuk butiran penting, seperti masa perbualan kumpulan aktif. iPad anda juga boleh menentukan pemberitahuan yang mempunyai keutamaan berbanding pemberitahuan lain. Serta Fokus Kurangkan Gangguan menunjukkan kepada anda hanya pemberitahuan yang mungkin memerlukan perhatian serta-merta, seperti mesej tentang pengambilan awal di pusat jagaan harian.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPad atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iPadOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Sesuaikan ringkasan pemberitahuan

iPad anda boleh meringkaskan pemberitahuan yang panjang atau bertindan, menjadikannya lebih mudah difahami sekilas pandang.

  1. Pergi ke Seting , kemudian ketik Pemberitahuan.

  2. Ketik Ringkaskan Pemberitahuan, aktifkan Ringkaskan Pemberitahuan, kemudian ketik Pilih Pemberitahuan untuk Diringkaskan.

  3. Ketik pemberitahuan yang anda mahu ringkaskan, kemudian ketik Ringkaskan Pemberitahuan Dipilih.

Untuk menukar pemberitahuan yang anda mahu ringkaskan, ketik butang bersebelahan app.

Aktifkan atau nyahaktifkan ringkasan pemberitahuan

  1. Pergi ke Seting , kemudian ketik Pemberitahuan.

  2. Ketik Ringkaskan Pemberitahuan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Ringkaskan Pemberitahuan.

Aktifkan pemberitahuan keutamaan

iPad anda boleh menentukan pemberitahuan yang mempunyai keutamaan berbanding pemberitahuan lain. Pemberitahuan keutamaan kelihatan di bahagian atas tindanan, supaya anda boleh mengikuti yang anda mungkin terlepas.

  1. Pergi ke Seting , kemudian ketik Pemberitahuan.

  2. Ketik Utamakan Pemberitahuan, kemudian aktifkan Utamakan Pemberitahuan.

    Untuk menyahaktifkan pemberitahuan keutamaan, nyahaktifkan Utamakan Pemberitahuan.

Untuk menukar pemberitahuan yang anda mahu utamakan, ketik butang bersebelahan app.

Anda juga boleh menukar seting masa anda menerima pemberitahuan keutamaan pada Skrin Kunci. Apabila pemberitahuan keutamaan kelihatan, lakukan satu daripada berikut:

  • Nyahaktifkan Pemberitahuan Keutamaan untuk app khusus: Leret ke kiri, ketik Pilihan, kemudian ketik Nyahaktifkan Kesemua Pemberitahuan [app].

  • Nyahaktifkan Pemberitahuan Keutamaan: Leret ke kiri, ketik Pilihan, kemudian ketik Nyahaktifkan Keutamaan.

Gunakan Fokus Kurangkan Gangguan

iPad menunjukkan pemberitahuan sensitif masa pada Skrin Kunci dengan Fokus Kurangkan Gangguan aktif.

Fokus Kurangkan Gangguan memahami kandungan pemberitahuan anda dan menunjukkan kepada anda pemberitahuan paling penting, tetapi menyenyapkan pemberitahuan yang kurang penting.

Anda boleh menyesuaikan Fokus Kurangkan Gangguan.

  1. Pergi ke Seting  > Fokus.

  2. Ketik butang Tambah di bahagian kanan atas, kemudian ketik Kurangkan Gangguan.

  3. Ketik Sesuaikan Fokus, kemudian ketik Orang atau App.

Nota: Apabila anda mengaktifkan Pemberitahuan Pintas & Penyenyapan Pintar untuk sebarang Fokus, sebarang pemberitahuan yang dibenarkan atau disenyapkan secara khusus akan sentiasa dibenarkan atau disenyapkan.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta pada iPad mini (A17 Pro) dan model iPad dengan M1 atau lebih baharu, dengan bahasa Siri dan peranti disetkan kepada bahasa Cina (Ringkas), Inggeris (Australia, Kanada, India, Ireland, New Zealand, Singapura, Afrika Selatan, UK atau A.S.), Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Portugis (Brazil), atau Sepanyol. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia di semua rantau atau bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.