Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Urus pustaka anda dalam app Apple TV pada iPad

Pustaka anda mengandungi rancangan dan filem yang anda beli, sewa dan muat turun. Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda juga boleh melihat pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga.

Layari pustaka anda

Di bawah tajuk Pustaka dalam bar sisi, ketik Filem, Rancangan TV atau Genre.

Kongsi pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga

Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda dan ahli keluarga anda boleh berkongsi pembelian dalam app Apple TV.

Ketik Pustaka, ketik Perkongsian Keluarga, kemudian pilih ahli keluarga.

Keluarkan item dimuat turun

  1. Pergi ke app Apple TV pada iPad anda.

  2. Di bawah tajuk Pustaka dalam bar sisi, ketik Dimuat Turun.

  3. Leret ke kiri pada item yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Padam.

Mengeluarkan item daripada iPad tidak memadamkannya daripada pembelian anda dalam iCloud. Anda boleh memuat turun item ke iPad lagi kemudian.

Tidak semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.