Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Isi borang secara automatik dalam Safari pada iPad

Gunakan Isi Auto untuk mengisi maklumat kad kredit dan maklumat hubungan secara automatik.

Penting: Jangan masukkan kata laluan atau nombor kad kredit anda pada tapak dengan amaran “Tidak Selamat”. Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda melihat amaran “Tidak Selamat” semasa melayari dengan Safari.

Sediakan Isi Auto

Anda boleh menyimpan maklumat peribadi atau nombor kad kredit anda pada iPad anda untuk mempercepatkan pengisian borang dalam talian dan membuat pembelian.

  1. Pergi ke Seting  > App > Safari.

  2. Ketik Isi Auto, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Sediakan info hubungan: Aktifkan Gunakan Info Hubungan, ketik Info Saya, kemudian pilih kad kenalan anda. Maklumat hubungan daripada kad tersebut dimasukkan apabila anda mengetik Isi Auto pada halaman web dalam Safari.

    • Sediakan info kad kredit: Aktifkan Kad Kredit, ketik Kad Kredit Disimpan, kemudian ketik Tambah Kad Kredit. Masukkan maklumat kad kredit anda dalam medan yang disediakan atau ketik Gunakan Kamera untuk memasukkan maklumat tanpa menaip.

Isi maklumat hubungan anda secara automatik

Anda boleh menambah maklumat peribadi anda ke borang dalam talian dengan cepat menggunakan Isi Auto.

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Dalam borang pada tapak web yang menyokong Isi Auto, ketik medan kosong.

  3. Ketik Isi Auto Kenalan di atas papan kekunci, kemudian pilih kenalan.

  4. Ketik sebarang medan untuk membuat perubahan.

  5. Ikuti arahan atas skrin untuk menghantar borang.

Nota: Anda boleh menggunakan Isi Auto untuk memasukkan maklumat orang lain daripada senarai kenalan anda. Sebagai contoh, jika anda membeli hadiah dan menghantarnya kepada rakan, anda juga boleh menggunakan Isi Auto untuk memasukkan alamat mereka. Ketik Isi Auto Kenalan, ketik Kenalan Lain, kemudian pilih kad kenalan mereka.

Isi maklumat bayaran anda secara automatik

Selepas anda menambahkan kad kredit, jika anda mempunyai Kad Apple atau Apple Cash dalam Wallet, anda boleh menggunakan Isi Auto untuk membuat pembelian dalam talian tanpa perlu memasukkan nombor kad penuh anda.

Nota: Anda boleh menggunakan Apple Cash dalam app atau di web yang Apple Pay belum diterima. Lihat Gunakan Apple Cash.

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Dalam borang pada tapak web, ketik medan maklumat kad kredit.

  3. Ketik kad disimpan yang anda mahu gunakan, atau ketik Imbas Kad untuk mengambil gambar bahagian hadapan kad kredit.

    Petua: Selepas anda memasukkan kad baharu, anda boleh menyimpannya dalam Isi Auto Safari, kemudian tambahnya ke Apple Pay. Lihat Tambah kad debit atau kredit.

Anda boleh menggunakan nombor kad maya semasa membayar dan memastikan nombor kad kredit sebenar anda peribadi. Lihat Sediakan Apple Pay. Selepas anda menyediakan nombor kad maya, ketik kad dengan ikon kad maya di atas papan kekunci untuk menggunakannya semasa membayar.

Isi kata laluan anda secara automatik

Apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan pada tapak web dan dalam app, anda boleh membiarkan iPad mencipta dan menyimpan kata laluan kukuh untuk kebanyakan akaun anda. Lihat Isi kata laluan kukuh secara automatik.

Nyahaktifkan Isi Auto

Anda boleh menyahaktifkan Isi Auto untuk maklumat hubungan atau kad kredit anda dan untuk kata laluan. Ini berguna dalam situasi yang anda tidak mahu maklumat hubungan atau kad kredit anda tersedia—contohnya jika anda berkongsi peranti dengan orang lain.

  • Nyahaktifkan Isi Auto untuk maklumat hubungan atau kad kredit anda: Pergi ke Seting  > App > Safari > Isi Auto, kemudian nyahaktifkan mana-mana pilihan.

  • Nyahaktifkan Isi Auto untuk kata laluan: Pergi ke Seting  > Umum > Isi Auto & Kata Laluan, kemudian nyahaktifkan Isi Auto Kata Laluan dan Kunci Laluan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.