Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Asas persediaan

iPad mempunyai proses persediaan yang mudah untuk membantu anda bermula apabila anda pertama kali menghidupkan peranti anda. Sama ada anda baru bermula atau mahu memastikan anda telah menyediakan asas, anda berada di tempat yang betul.

Skrin Mula Cepat, dengan pilihan untuk menyediakan iPad anda dengan mendekatkannya dengan iPhone atau iPad lain, atau menyediakannya tanpa peranti lain.

Pindahkan app dan info anda ke iPad baharu anda

Apabila anda mula-mula menghidupkan iPad anda dan memulakan proses persediaan, anda boleh memindahkan kebanyakan app, seting dan kandungan daripada iPad sebelumnya anda terus ke iPad baharu anda secara wayarles—hanya bawa kedua-dua peranti berdekatan, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Skrin Seting menunjukkan rangkaian Wi-Fi tersedia.

Sambung ke Wi-Fi dan sediakan perkhidmatan selular

Untuk menyambungkan iPad anda ke rangkaian Wi-Fi rumah anda, pergi ke Seting  > Wi-Fi, aktifkan Wi-Fi, kemudian pilih rangkaian anda. iPad bersambung ke rangkaian Wi-Fi anda secara automatik apabila anda berada di rumah.

Jika anda mempunyai model Wi-Fi + Cellular, anda boleh mengaktifkan perkhidmatan selular pada iPad anda menggunakan eSIM (pergi ke Seting  > Data Selular). Atau pada model iPad disokong, pasangkan SIM nano yang disediakan oleh pembawa anda.

Skrin Seting, dengan dialog daftar masuk Akaun Apple di bahagian tengah skrin.

Daftar masuk ke Akaun Apple anda

Anda menggunakan Akaun Apple anda untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, iTunes Store, Apple Books, Apple Music, FaceTime, iCloud, iMessage dan banyak lagi.

Untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda, pergi ke Seting  > Akaun Apple. Jika anda mempunyai iPhone (dengan iOS 17 atau lebih baharu) atau iPad lain (dengan iPadOS 17 atau lebih baharu), anda hanya perlu membawa iPad anda berdekatan peranti lain anda. Jika tidak, anda boleh mendaftar masuk secara manual. Untuk mengesahkan yang anda mendaftar masuk, pergi ke Seting  > [nama anda]; Akaun Apple anda kelihatan di bawah nama anda.

Skrin menunjukkan seting untuk Touch ID & Kod Laluan, dengan pilihan untuk menambah cap jari dan mengaktifkan kata laluan.

Sediakan Face ID atau Touch ID

Anda boleh menggunakan Face ID (pengecaman muka) atau Touch ID (cap jari anda), untuk membuka kunci iPad anda dengan selamat, mendaftar masuk ke kebanyakan app dan membuat pembelian. Untuk keselamatan anda, data Face ID dan Touch ID tidak meninggalkan peranti anda dan tidak disimpan di tempat lain.

Bergantung pada model iPad anda, lakukan salah satu daripada berikut:

  • Sediakan Face ID: Pergi ke Seting  > Face ID & Kod Laluan, ketik Sediakan Face ID, kemudian ikuti arahan atas skrin.

  • Sediakan Touch ID: Pergi ke Seting  > Touch ID & Kod Laluan, ketik Tambah Cap Jari, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Skrin menunjukkan seting untuk app Cari, dengan pilihan untuk mengaktifkan Cari iPad Saya dan Kongsi Lokasi Saya,

Aktifkan Cari iPad Saya

Anda boleh mencari iPad anda jika ia hilang atau dicuri.

Pergi ke Seting  > [nama anda] > Cari, ketik Cari iPad Saya, kemudian aktifkan Cari iPad Saya.

Anda boleh melihat lokasi peranti anda dalam app Cari . Jika anda hilang iPad anda dan tidak mempunyai akses ke app Cari, anda boleh mencari peranti anda menggunakan Cari Peranti di iCloud.com.

Skrin seting iCloud menunjukkan meter storan iCloud dan senarai app dan ciri, termasuk Foto, iCloud Drive dan Mail iCloud yang boleh digunakan dengan iCloud.

Simpan data anda dalam iCloud

iCloud membantu anda memastikan info penting anda selamat dan selaras merentas peranti anda. Jika anda menggantikan atau kehilangan iPad anda, atau ia rosak atau dicuri, foto anda, video, sandaran dan banyak lagi kekal selamat dalam iCloud.

Untuk mengaktifkan atau menukar ciri yang anda mahu gunakan dengan iCloud, pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Ketersediaan ciri mungkin berbeza bergantung pada model iPad dan negara atau rantau anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.