Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Edit dan susun senarai dalam Peringatan pada iPad

Dalam app Peringatan, anda boleh menyusun senarai dengan bahagian dan subtugas. Anda juga boleh melihat bahagian sebagai lajur dan mengalihkan item ke lajur yang berbeza dengan mudah.

Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dikemas kini dalam iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.

Edit senarai

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Semasa melihat senarai, ketik butang Lagi (di penjuru atas kanan), kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tukar nama, taip, warna atau ikon senarai: Ketik Tunjukkan Info Senarai.

    • Edit berbilang item: Ketik Pilih Peringatan atau Pilih Item, kemudian pilih item yang anda mahu edit. Anda juga boleh menyeret dua jari di atas item. Gunakan butang di bahagian bawah skrin untuk menambahkan tarikh dan masa, mengalihkan, memadamkan, menetapkan, menyelesaikan, mengetag atau membenderakan item dipilih.

    • Isih item mengikut tarikh jangka, tarikh penciptaan, keutamaan, atau tajuk: (tidak tersedia dalam semua Senarai Pintar) Ketik Isih Ikut, kemudian pilih pilihan.

      Apabila anda mengisih atau menyusun semula senarai, tertib baharu digunakan pada senarai pada peranti lain anda yang anda gunakan peringatan yang telah dikemas kini dalam iCloud. Jika anda mengisih atau menyusun semula senarai dikongsi, peserta lain juga melihat tertib baharu (jika mereka menggunakan peringatan yang telah dikemas kini).

    • Keluarkan senarai: Ketik Padamkan Senarai.

Susun semula atau kategorikan semula item dalam senarai secara manual

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Semasa melihat senarai, sentuh dan tahan item yang anda mahu alihkan, kemudian seretnya ke lokasi baharu.

Susun dengan bahagian

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Semasa melihat senarai, lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Cipta bahagian baharu: Ketik butang Lagi (di penjuru kanan atas), ketik Bahagian Baharu, kemudian masukkan nama.

    • Runtuhkan bahagian: Ketik butang Runtuhkan.

    • Kembangkan bahagian: Ketik butang Kembangkan.

    • Namakan semula bahagian: Ketik nama bahagian, kemudian masukkan nama baharu.

    • Alihkan bahagian: Sentuh dan tahan bahagian, kemudian seretnya ke kedudukan baharu.

      Nota: Anda tidak boleh mengalihkan bahagian Lain.

    • Keluarkan bahagian: Leret kiri pada bahagian, kemudian ketik Padam.

Lihat bahagian sebagai lajur

Anda boleh melihat senarai dalam lajur, memudahkan untuk menvisualkan dan mengkategorikan semula item.

App Peringatan menunjukkan senarai barang runcit dengan kategori disusun sebagai lajur.
  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Semasa melihat senarai, ketik butang Lagi (di penjuru kanan atas), kemudian ketik Lihat sebagai Lajur.

  3. Untuk mengkategorikan semula item, seretnya ke dalam lajur yang berbeza.

Cipta subtugas

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Semasa melihat senarai, leret ke kanan pada item, kemudian ketik Inden. Atau seret item ke atas item lain.

Jika anda menyelesaikan tugas utama, subtugas juga diselesaikan. Jika anda memadam atau mengalihkan tugas utama, subtugas juga dipadam atau dialihkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.