Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan kalendar Cuti pada iPad

Dalam app Kalendar, kalendar Cuti memaparkan cuti berdasarkan rantau yang disetkan pada iPad anda.

Nota: Kalendar Cuti ialah kalendar langganan. Anda tidak boleh menambah atau memadamkan cuti, kerana kalendar langganan hanya boleh diubah suai oleh penyedia kalendar.

Tunjukkan atau sembunyikan cuti

  1. Pergi ke app Kalendar pada iPad anda.

  2. Ketik butang Kalendar di bahagian kiri atas.

  3. Pilih atau nyahpilih Cuti AS (atau kalendar cuti untuk negara atau rantau anda).

Tambah kalendar cuti daripada rantau berbeza

  1. Pergi ke app Kalendar pada iPad anda.

  2. Ketik butang Kalendar di bahagian kiri atas.

  3. Ketik Tabah Kalendar di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tambah Kalendar Cuti.

  4. Ketik kalendar cuti yang anda mahu langgan, kemudian ketik Tambah.

Untuk menukar seting, seperti isyarat pemberitahuan atau nama kalendar cuti yang anda langgan, lihat Sediakan berbilang kalendar.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.