Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sesuaikan kawalan dalam Pembesar pada iPad

Anda boleh memilih dan menyesuaikan kawalan yang ditunjukkan dalam app Pembesar.

Tambah atau keluarkan kawalan

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPad anda.

  2. Ketik butang Seting, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tunjukkan atau keluarkan Aktiviti, Tangkapan atau Mod Pengesanan: Ketik Aktiviti, Tangkap, atau Kesan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan dalam Panel Kawalan.

    • Tambah atau keluarkan kawalan lain: Ketik butang Masukkan atau butang Keluarkan bersebelahan kawalan.

      Anda boleh memilih sehingga dua kawalan utama. Kawalan utama kelihatan pada skrin utama apabila anda membuka Pembesar. Jika anda menambah lebih daripada dua kawalan, anda boleh meleret ke atas pada panel kawalan di bahagian bawah skrin untuk mengakses kawalan kedua.

    • Susun semula kawalan lain: Seret butang Susun Semula bersebelahan kawalan untuk mengalihkannya ke atas atau bawah.

Kawalan

Perihalan

Kecerahan

Laraskan kecerahan.

Kamera

Tukar antara kamera menghadap depan dan belakang.

Kontras

Laraskan kontras.

Penapis

Gunakan penapis warna.

Apabila anda menambah kawalan Penapis, anda boleh memilih hanya penapis yang anda gunakan paling kerap.

Lampu suluh

Aktifkan lampu suluh.

Nota: Pilihan ini tersedia pada model iPad dengan Denyar True Tone.

Kunci Fokus

Kunci fokus pembesar.

Zum

Zum masuk dan keluar.

Setkan kawalan keutamaan anda untuk aktiviti

Anda boleh menyimpan kawalan yang anda gunakan untuk tugasan atau situasi, dipanggil aktiviti dan bertukar antara aktiviti berbeza mengikut keperluan. Contohnya, anda boleh mencipta aktiviti untuk membaca menu di restoran.

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPad anda.

  2. Ketik butang Aktiviti, kemudian ketik Simpan sebagai Aktiviti Baharu untuk mencipta aktiviti baharu menggunakan kawalan semasa.

  3. Masukkan nama untuk aktiviti, kemudian ketik Selesai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.