Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan widget Podcast pada iPad

Anda boleh menambah widget Podcast ke Skrin Utama anda untuk melihat dan memainkan episod tanpa membuka app Podcast . Anda boleh menambah episod daripada baris gilir Seterusnya, episod disimpan, atau episod daripada rancangan yang anda ikut.

Tambah widget Podcast ke Skrin Utama

  1. Sentuh dan tahan Skrin Utama sehingga app mula bergoyang.

  2. Ketik Edit di bahagian atas skrin, kemudian ketik Tambah Widget untuk membuka galeri widget.

  3. Skrol ke bawah, kemudian ketik Podcast.

  4. Leret ke kiri dan kanan untuk melihat saiz dan tataletak widget yang berbeza. Apabila anda melihat pilihan yang anda mahu, ketik Tambah Widget, kemudian ketik Selesai.

Untuk mengalihkan widget pada Skrin Utama anda, sentuh dan tahan Skrin Utama sehingga app mula bergoyang. Seret widget ke lokasi baharu, kemudian ketik Selesai.

Untuk mengeluarkan widget daripada Skrin Utama anda, sentuh dan tahan Skrin Utama sehingga app mula bergoyang, ketik butang Keluarkan di bahagian kiri atas widget, kemudian ketik Keluarkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.