Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan ringkasan rakaman audio pada iPad dengan Apple Intelligence

Dalam app Nota, anda boleh merakam audio—seperti kuliah kelas—kemudian menggunakan Apple Intelligence* untuk menjana ringkasan transkrip, supaya anda boleh melihat maklumat yang paling penting sekilas pandang.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPad atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iPadOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Lihat ringkasan rakaman audio dalam Nota

iPad menunjukkan ringkasan rakaman audio dalam app Nota.

Selepas anda merakam nota audio dalam app Nota, anda boleh melihat ringkasan rakaman.

  1. Pergi ke app Nota pada iPad anda.

  2. Buka nota dengan rakaman.

  3. Ketik rakaman, kemudian ketik Ringkasan.

Untuk menyalin atau berkongsi ringkasan, ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik Salin Ringkasan atau Kongsi Ringkasan.

Petua: Anda juga boleh meringkaskan rakaman audio dalam Memo Suara menggunakan Alat Menulis. Ketik rakaman, ketik butang Lagi Tindakan, ketik Lihat Transkrip, kemudian ikuti langkah untuk meringkaskan dan menyusun teks.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta pada iPad mini (A17 Pro) dan model iPad dengan M1 atau lebih baharu, dengan bahasa Siri dan peranti disetkan kepada bahasa Cina (Ringkas), Inggeris (Australia, Kanada, India, Ireland, New Zealand, Singapura, Afrika Selatan, UK atau A.S.), Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Portugis (Brazil), atau Sepanyol. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia di semua rantau atau bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.