Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kesan pintu di sekeliling anda menggunakan Pembesar pada iPad

Jika anda buta atau mempunyai penglihatan lemah, anda boleh menggunakan app Pembesar pada iPad untuk mengesan pintu di sekeliling anda. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang jarak anda daripada pintu dan mendengar atribut pintu, termasuk cara membukanya.

Penting: Mod Pengesanan tidak sepatutnya digunakan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan, dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, atau untuk menavigasi. Pengesanan pintu hanya tersedia pada model iPad yang disokong.

App Pembesar terbuka dan pintu sedang dikesan. Perihalan menunjukkan jarak anda daripada pintu dan teks pada pintu.

Kesan pintu berdekatan anda

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPad anda.

  2. Ketik butang Mod Pengesanan untuk memulakan Mod Pengesanan.

    Jika anda tidak melihat butang Mod Pengesanan, anda boleh menambahnya. Lihat Sesuaikan kawalan.

  3. Sentuh dan tahan butang Mod Pengesanan, kemudian pastikan Pintu dipilih.

  4. Tempatkan iPad supaya kamera belakang boleh mengesan pintu di sekeliling anda. Apabila pintu dikesan berhampiran, anda dimaklumkan dengan bunyi atau maklum balas pertuturan. Maklum balas menjadi lebih kerap apabila anda lebih dekat dengan pintu.

    Jika anda tidak mendengar maklum balas bunyi atau pertuturan, pastikan mod Senyap dinyahaktifkan. Lihat Laraskan kelantangan.

  5. Untuk menjeda pengesanan buat sementara, dwiketik skrin dengan dua jari. Dwiketik lagi dengan dua jari untuk meneruskan pengesanan. Untuk menghentikan Mod Pengesanan, ketik butang Mod Pengesanan.

Sesuaikan seting untuk mengesan pintu

  1. Pergi ke app Pembesar pada iPad anda.

  2. Ketik butang Seting, kemudian ketik Kesan.

  3. Ketik Pintu, kemudian sesuaikan mana-mana daripada berikut:

    • Unit: Pilih Meter atau Kaki.

    • Jarak pic bunyi: Ketik butang Susutan atau butang Tokokan untuk melaraskan jarak untuk maklum balas bunyi. Apabila pintu dikesan dalam jarak ini, pic maklum balas bunyi meningkat.

    • Maklum balas: Aktifkan sebarang gabungan Label, Bunyi dan Pertuturan. Jika anda mengaktifkan Pertuturan, iPad menyebut jarak antara anda dan pintu.

    • Warna: Pilih warna untuk rangka pintu yang dikesan.

    • Atribut Pintu: Aktifkan sebarang gabungan atribut pintu, seperti saiz pintu yang dikesan, cara membuka pintu dan jika pintu sedang dibuka.

    • Hiasan Pintu: Aktifkan Hiasan Pintu untuk mendapatkan maklumat tentang teks dan tanda pada atau berdekatan pintu yang dikesan, seperti tanda untuk jalan masuk yang boleh dilalui atau tandas.

  4. Untuk kembali ke kanta Pembesar langsung, ketik butang Balik, ketiknya lagi, kemudian ketik Selesai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.