Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari rancangan, filem dan banyak lagi dalam app Apple TV pada iPad

Anda boleh menggunakan tab Cari dalam app Apple TV untuk mencari rancangan TV dan filem mengikut kategori khusus seperti tajuk, sukan dan pelakon. Tab Apple TV+ memberikan anda akses mudah kepada Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem dan siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi.

Nota: Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.

Tab Apple TV+ menunjukkan Apple Original ditampilkan dengan tajuk, butang Mainkan dan perihalan episod. Di bahagian atas skrin, dari kiri ke kanan, ialah tab Laman Utama, Apple TV+, MLS, Kedai dan Cari.

Layari Apple TV+

  1. Pergi ke app Apple TV pada iPad anda.

  2. Ketik Apple TV+, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Leret ke kiri di bahagian atas skrin untuk melayari item ditampilkan.

    • Skrol ke bawah untuk melihat keluaran baharu, koleksi terurus dan pengesyoran diperibadikan, kemudian leret ke kiri atau kanan untuk melihat pilihan yang tersedia.

      Petua: Ketik baris tajuk untuk melihat semua item dalam kategori atau lihat maklumat lanjut tentang koleksi.

Anda juga boleh mengetik tab Laman Utama, MLS Season Pass, Kedai dan Pustaka untuk melihat kandungan yang khusus untuk kategori tersebut.

Cari rancangan, filem khusus dan banyak lagi

Apabila anda mencari sesuatu yang khusus—seperti rancangan atau pelakon—gunakan tab Cari.

  1. Pergi ke app Apple TV pada iPad anda.

  2. Ketik Cari, kemudian ketik kategori atau ketik medan carian untuk melihat carian sebelumnya atau masukkan carian baharu.

    Petua: Apabila anda mahu mencari, hanya terangkan perkara yang anda cari menggunakan bahasa semula jadi—contohnya, “Drama popular dengan kejutan”.

Edit bar tab

Anda boleh menyesuaikan dengan menambah dan mengeluarkan kategori dalam bar tab supaya anda boleh mencari perkara yang anda mahu tonton dengan cepat.

iPad menunjukkan pilihan untuk mengedit bar tab di bahagian atas skrin.
  1. Pergi ke app Apple TV pada iPad anda.

  2. Ketik butang Bar Sisi, kemudian ketik Edit.

    Petua: Anda juga boleh menyentuh dan menahan bar tab.

  3. Sentuh dan tahan kategori dalam bar sisi, kemudian seretnya ke tab di bahagian atas skrin.

    Untuk mengeluarkan kategori daripada bar tab, seret kategori keluar daripada bar tab.

  4. Apabila anda selesai, ketik Selesai.

Untuk mereset bar tab, ketik Reset di penjuru atas kiri.

Langganan diperlukan untuk Apple TV+ (yang di sesetengah negara dan rantau menyertakan Friday Night Baseball, Sunday Night Soccer, atau kedua-duanya) dan MLS Season Pass (yang menyertakan Sunday Night Soccer). MLS Season Pass, Sunday Night Soccer dan Friday Night Baseball memerlukan iPadOS 16.2 atau lebih baharu. Tidak semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.