Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar paparan Nota pada iPad

Anda boleh menukar cara nota anda kelihatan dalam app Nota . Tambah garis atau grid pada nota anda, lihat nota sebagai senarai atau galeri dan lihat semua lampiran di satu tempat.

Tukar paparan Nota pada iPad anda

  • Lihat nota dalam skrin penuh: Semasa melihat nota dalam orientasi landskap, ketik butang Masukkan Skrin Penuh atau pusingkan iPad ke orientasi potret.

  • Lihat akaun, senarai nota dan nota dipilih anda serentak: Putarkan iPad ke orientasi landskap, kemudian ketik butang Tunjukkan Bar Sisi.

Tunjukkan garis atau grid dalam nota

  • Dalam nota sedia ada: Ketik butang Tindakan Nota (di penjuru kanan atas), ketik Garis & Grid, kemudian pilih gaya.

  • Dalam semua nota baharu: Pergi ke Seting  > App > Nota, kemudian ketik Garis & Grid.

Lihat nota sebagai senarai atau galeri

Dalam senarai nota, ketik butang Tindakan Folder, kemudian ketik Lihat sebagai Senarai atau Lihat sebagai Galeri.

Lihat semua lampiran

Dalam senarai nota, ketik butang Tindakan Folder, kemudian ketik Lihat Lampiran.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.