Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sesuaikan iPad untuk anak anda

Anda boleh menyediakan iPad anak anda dengan kawalan ibu bapa dan ciri mesra kanak-kanak. Setkan masa henti dan had app, jaga kesihatan penglihatan anak anda, lindungi mereka daripada foto eksplisit, semak dan luluskan pembelian, serta banyak lagi. Anda juga boleh memastikan anak anda fokus pada app tunggal dengan Akses Dibantu.

Skrin untuk Cipta Akaun Anak dengan medan untuk nama pertama, nama akhir dan tarikh lahir anak.

Sediakan iPad untuk anak anda

Dengan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyediakan iPad baharu untuk anak anda dan sesuaikan kawalan ibu bapa. Hanya ketik Sediakan untuk Kanak-kanak dalam Keluarga Saya. Jika anak belum mempunyai Akaun Apple sendiri, anda boleh mencipta akaun.

Skrin dengan penerangan ciri untuk menjejak masa skrin anak dengan pilihan seperti masa henti dijadualkan.

Setkan beberapa batas dengan Masa Skrin

Dengan Masa Skrin, anda boleh mengesetkan masa henti dan had app pada iPad anak anda. Pergi ke Seting  > Keluarga, ketik nama anak anda, kemudian ketik Masa Skrin.

Skrin dengan amaran yang iPad terlalu dekat dan cadangan untuk menjauhkan iPad mengikut panjang lengan. Apabila iPad bergerak lebih jauh, butang Teruskan di bahagian bawah kelihatan, jadi anda boleh kembali ke skrin sebelumnya.

Bantu lindungi kesihatan penglihatan anak anda

Untuk membantu mengurangkan keletihan mata dan risiko miopia, Jarak Skrin mengingatkan anak anda apabila iPad dipegang terlalu dekat untuk tempoh masa yang lama (tersedia pada model iPad Pro dengan Face ID). Pergi ke Seting  > Keluarga, ketik nama anak anda, ketik Masa Skrin, kemudian ketik Jarak Skrin.

Skrin dengan amaran yang mesej mungkin mengandungi imej sensitif. Di bahagian bawah ialah pilihan untuk mendapatkan bantuan atau menutup amaran.

Lindungi anak anda daripada foto dan video eksplisit

iPad boleh mengesan kebogelan dalam foto dan video sebelum ia dihantar atau dilihat dalam Mesej , AirDrop dan app lain. Anak anda boleh mendapatkan bimbingan dan sumber daya bersesuaian dengan umur untuk membantu mereka membuat pilihan yang selamat. Pergi ke Seting  > Keluarga, ketik nama anak anda, ketik Masa Skrin, kemudian ketik Keselamatan Komunikasi.

Skrin Seting menunjukkan ciri yang tersedia untuk ahli keluarga remaja, seperti Minta untuk Beli dan Apple Cash.

Sediakan Apple Cash (A.S. sahaja)

Anda boleh menyediakan Apple Cash untuk kanak-kanak dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda supaya mereka boleh membuat pembelian dan menghantar serta menerima wang dalam Mesej . Malah, anda juga boleh mengehadkan orang yang anak anda boleh hantar wang, mendapat makluman apabila mereka membuat transaksi, atau mengunci akaun mereka. Pergi ke Seting  > Keluarga, ketik nama anak anda, ketik Apple Cash, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Skrin persediaan untuk sesi Akses Dibantu. Anda boleh membulatkan kawasan pada skrin yang anda mahu nyahdayakan sebelum memulakan sesi.

Pastikan anak anda fokus

Anda boleh membantu anak anda mengelakkan gangguan dan kekal pada tugasan dengan Akses Dibantu, yang mengehadkan mereka kepada app tunggal—seperti Buku atau Nota. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian, kemudian skrol ke bawah dan ketik Akses Dibantu untuk memulakan persediaan.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Ketersediaan ciri mungkin berbeza bergantung pada model iPad, bahasa dan negara atau rantau anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.