Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada iPad

Anda boleh menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti mereka dengan mengikuti langkah dalam Setkan jadual dengan Masa Skrin pada iPad, atau jika mereka berada dalam kumpulan Perkongsian Keluarga yang anda merupakan pengelola, anda boleh menyediakan Masa Skrin untuk mereka menerusi Perkongsian Keluarga pada peranti anda.

Jika anda ialah pengelola (atau ibu bapa atau penjaga) kumpulan Perkongsian Keluarga, semasa anda menyediakan akaun kanak-kanak, anda masukkan nama dan tarikh lahir kanak-kanak. Tarikh lahir kanak-kanak digunakan untuk mengesetkan sekatan kandungan dicadangkan yang menentukan kandungan yang mereka boleh akses.

Anda boleh menyediakan sekatan kandungan, had komunikasi dan masa henti secara manual kemudian dalam Seting > Masa Skrin pada peranti kanak-kanak.

Untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, Keselamatan Komunikasi dan Jarak Skrin diaktifkan secara lalai. Penapis Kandungan Web disetkan secara lalai kepada Hadkan Tapak Web Dewasa untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. (Umur ini berbeza mengikut negara atau rantau.)

Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga

  1. Pada iPad anda, pergi ke Seting  > Masa Skrin.

  2. Skrol ke bawah dan pilih ahli keluarga di bawah Keluarga.

  3. Untuk menjadualkan masa henti bagi ahli keluarga anda, ikuti arahan dalam Jadualkan waktu rehat daripada skrin.

    Jika ahli keluarga anda meminta lebih masa skrin, anda boleh meluluskan atau menolak permintaan dalam Seting  > Masa Skrin atau dalam Mesej.

  4. Untuk mengesetkan had penggunaan app bagi ahli keluarga anda, ikuti arahan dalam Setkan had untuk penggunaan app.

  5. Untuk memilih app dan kenalan bagi membenarkan ahli keluarga anda menggunakan sepanjang masa Pilih app dan kenalan untuk dibenarkan sepanjang masa.

    Nota: Jika ahli keluarga anda memerlukan app kesihatan atau kebolehcapaian, pastikan ianya dibenarkan dalam senarai App Dibenarkan. Jika Mesej tidak sentiasa dibenarkan, ahli keluarga anda mungkin tidak dapat menghantar atau menerima mesej (termasuk untuk nombor dan kenalan kecemasan) semasa masa henti atau selepas had app telah luput.

  6. Untuk membantu mengurangkan risiko miopia (rabun jauh) atau keletihan mata ahli keluarga anda, aktifkan Jarak Skrin.

    Nota: Untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, Jarak Skrin diaktifkan secara lalai.

  7. Untuk mencipta kod laluan Masa Skrin untuk ahli keluarga, lihat Cipta kod laluan Masa Skrin.

Anda juga boleh melakukan mana-mana yang berikut untuk ahli keluarga:

Aktifkan menyemak untuk imej dan video sensitif dalam komunikasi pada iPad ahli keluarga

Anda boleh menjadikan iPad ahli keluarga anda mengesan kebogelan dalam imej dan video sebelum ia dikongsi dalam Mesej, AirDrop, Poster Kenalan dan mesej video FaceTime. Foto atau video bogel juga boleh dikesan apabila dipilih untuk dikongsi dalam sesetengah app pihak ketiga.

Jika percubaan untuk menghantar foto atau video yang mungkin mengandungi kebogelan dikesan, Keselamatan Komunikasi menyediakan amaran, memberikan pilihan untuk kekal selamat dan menyediakan sumber yang membantu. Foto dan video dianalisis pada peranti. Apple tidak menerima petunjuk yang kebogelan telah dikesan dan tidak mendapatkan akses kepada foto atau video tersebut.

Lihat artikel Sokongan Apple Perihal Keselamatan Komunikasi pada peranti Apple anak anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Nota: Untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, Keselamatan Komunikasi diaktifkan secara lalai.

  1. Pada iPad anda, pergi ke Seting  > Masa Skrin.

  2. Skrol ke bawah dan ketik nama ahli keluarga anda.

  3. Ketik Keselamatan Komunikasi, kemudian aktifkan Keselamatan Komunikasi.

    Anda mungkin perlu memasukkan kod laluan Masa Skrin.

Nota: Apabila anda mengaktifkan Keselamatan Komunikasi, ia mengaktifkan Amaran Kandungan Sensitif dalam Seting > Privasi & Keselamatan. Lihat Terima amaran tentang kandungan sensitif pada iPad.

Sekat kandungan dewasa pada peranti ahli keluarga

Apabila anda menyediakan akaun kanak-kanak, anda memasukkan nama dan tarikh lahir kanak-kanak selepas mengetik Cipta Akaun Kanak-kanak. Umur kanak-kanak menentukan kandungan yang mereka boleh akses secara automatik. Anda boleh membantu memastikan yang kandungan pada peranti ahli keluarga anda sesuai dengan umur dengan mengehadkan penilaian eksplisit dalam Kandungan & Privasi secara manual.

  1. Pada peranti ahli keluarga anda, pergi ke Seting  > Masa Skrin.

  2. Ketik Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi.

  3. Pilih pilihan kandungan dan privasi khusus.

    • Untuk melindungi pendengaran ahli keluarga anda, skrol ke bawah, ketik Kurangkan Audio Kuat, kemudian pilih Jangan Benarkan. (Ini menghalang perubahan kepada kelantangan fon kepala maksimum.) Lihat Kurangkan bunyi fon kepala kuat dalam Seting.

    • Untuk mengehadkan akses ke app atau ciri tertentu, pergi ke Seting > Masa Skrin > Kandungan & Privasi > App & Ciri Dibenarkan, kemudian nyahaktifkan akses. Untuk membenarkan akses, aktifkannya.

  4. Ketik butang Balik di bahagian kiri atas.

Tambah atau tukar seting Masa Skrin untuk ahli keluarga kemudian

Untuk menambah atau menukar seting Masa Skrin kemudian, ikut langkah yang diterangkan dalam bahagian di atas.

Penting: Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti mereka (bukan menerusi Perkongsian Keluarga) dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin, anda boleh menggunakan Akaun Apple anda untuk meresetnya. Namun, jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti anda menerusi Perkongsian Keluarga dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin, anda boleh meresetnya pada peranti anda menggunakan kod laluan, Touch ID, atau Face ID peranti anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.