Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Main rakaman dalam Memo Suara pada iPad

Anda boleh memainkan audio yang anda rakam pada iPad anda menggunakan kawalan main balik.

Anda juga boleh melaraskan seting untuk menukar kawalan main balik, mengurangkan bunyi latar belakang dan mengisi kesenyapan.

Nota: Menukar seting ini tidak akan menjejaskan rakaman. Seting yang anda pilih untuk rakaman kekal dengan rakaman khusus tersebut dan digunakan setiap kali anda memainkan rakaman. Ia tidak digunakan pada rakaman lain dan tidak disertakan dengan rakaman apabila anda berkongsinya.

Rakaman yang dibuat dalam Memo Suara. Senarai rakaman di sebelah kiri, dengan rakaman dipilih di bahagian atas. Di sebelah kanan, bentuk gelombang mempunyai penunjuk main, yang anda boleh seret ke tempat khusus dalam rakaman. Di atas bentuk gelombang ialah butang Kongsi, Kegemaran. Alih, Padam, Seting Main Balik, Transkripsi dan Edit. Di bawah garis masa ialah kawalan Main Balik.

Kawalan

Perihalan

Butang Main.

Main

Butang Jeda.

Jeda

Butang Putar Balik Lima Belas Saat.

Langkau ke belakang 15 saat

Butang Maju Pantas Lima Belas Saat.

Langkau ke depan 15 saat

Petua: Semasa rakaman dibuka, anda boleh mengetik namanya untuk menamakannya semula.

Tukar kelajuan main balik

Anda boleh memainkan rakaman pada kelajuan yang lebih laju atau lebih perlahan.

  1. Pergi ke app Memo Suara pada iPad anda.

  2. Dalam senarai rakaman, ketik rakaman yang anda mahu mainkan.

  3. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian seret gelangsar ke arah kura-kura untuk kelajuan yang lebih perlahan, atau ke arah arnab kelajuan yang lebih laju.

  4. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Tingkatkan rakaman

Semasa memainkan rakaman, anda boleh meningkatkannya untuk mengurangkan bunyi dan gema latar belakang apabila anda memainkan rakaman.

  1. Pergi ke app Memo Suara pada iPad anda.

  2. Dalam senarai rakaman, ketik rakaman yang anda mahu tingkatkan.

  3. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian aktifkan Tingkatkan Rakaman.

  4. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Langkau jurang semasa memainkan balik rakaman

Memo Suara boleh menganalisis audio anda dan melangkau jurang semasa memainkannya.

  1. Pergi ke app Memo Suara pada iPad anda.

  2. Ketik rakaman yang anda mahu mainkan.

  3. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian aktifkan Langkau Senyap.

  4. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Reset pilihan main balik

Anda boleh mengembalikan semua pilihan main balik kepada seting asalnya pada masa yang sama.

  1. Pergi ke app Memo Suara pada iPad anda.

  2. Ketik rakaman yang anda mahu nyahaktifkan pilihan main balik.

  3. Ketik butang Seting Main Balik di bahagian atas skrin, kemudian ketik Reset.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.