Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Main rakaman dalam Memo Suara pada iPad

Dalam app Memo Suara , ketik rakaman dan gunakan kawalan main balik untuk mendengarnya.

Rakaman yang dibuat dalam Memo Suara. Senarai semua rakaman di sebelah kiri, dengan rakaman dipilih di bahagian atas. Di sebelah kanan, rakaman mempunyai penunjuk main, yang anda boleh seret bentuk gelombang terus ke tempat khusus dalam rakaman dan garis masa di bawah bentuk gelombang. Di atas ialah butang Kongsi, Kegemaran. Alih, Padam, Seting Main Balik dan Edit. Di bawah garis masa ialah butang untuk melangkau ke belakang 15 saat, main dan melangkau ke depan 15 saat.

Control

Perihalan

Butang Main.

Main

Butang Jeda.

Jeda

Butang Putar Balik Lima Belas Saat.

Langkau ke belakang 15 saat

Butang Maju Pantas Lima Belas Saat.

Langkau ke depan 15 saat

Petua: Semasa rakaman dibuka, anda boleh mengetik namanya untuk menamakannya semula.

Tukar kelajuan main balik

Anda boleh memainkan rakaman pada kelajuan yang lebih laju atau lebih perlahan.

  1. Dalam senarai rakaman, ketik rakaman yang anda mahu mainkan.

  2. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian seret gelangsar ke arah kura-kura untuk kelajuan yang lebih perlahan, atau ke arah arnab kelajuan yang lebih laju.

  3. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Nota: Menukar kelajuan main balik tidak menukar rakaman, hanya kelajuan rakaman dimainkan.

Tingkatkan rakaman

Semasa memainkan rakaman, anda boleh meningkatkannya untuk mengurangkan bunyi dan gema latar belakang.

  1. Ketik rakaman yang anda mahu tingkatkan.

  2. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian aktifkan Tingkatkan Rakaman.

  3. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Nota: Mengaktifkan Tingkatkan Rakaman tidak akan menukar rakaman, hanya bunyi rakaman semasa anda memainkannya.

Langkau jurang semasa memainkan balik rakaman

Memo Suara boleh menganalisis audio anda dan melangkau jurang semasa memainkannya.

  1. Ketik rakaman yang anda mahu mainkan.

  2. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian aktifkan Langkau Senyap.

  3. Ketik butang Seting Main Balik, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Nota: Mengaktifkan Langkau Senyap tidak akan menukar rakaman, hanya bunyi rakaman semasa anda memainkannya.

Nyahaktifkan pilihan main balik

Untuk mengembalikan semua pilihan main balik kepada seting asalnya, ketik butang Seting Main Balik, kemudian ketik Reset.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.