Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat foto dan video yang dikongsi dengan anda pada iPad

Apabila rakan berkongsi foto dan video dengan anda menggunakan app Mesej, anda boleh mencarinya dengan mudah dalam bahagian Dikongsi Dengan Anda dalam app Foto . (Perkongsian Automatik dan Foto mesti diaktifkan dalam Seting > Mesej > Dikongsi dengan Anda dan rakan mesti berada dalam Kenalan anda.)

  1. Leret daripada penjuru kiri skrin atau ketik butang Tunjukkan Bar Sisi untuk menunjukkan bar sisi, kemudian ketik Untukmu.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Ketik foto untuk melihatnya dalam skrin penuh, simpannya ke pustaka anda, kongsi foto, atau padam foto.

    • Ketik Lihat Semua untuk melihat semua foto yang dikongsi dengan anda.

    • Ketik nama orang yang berkongsi foto, kemudian balas kepada mereka menggunakan app Mesej.

Anda juga boleh mengetik Pustaka, kemudian ketik Semua Foto untuk melihat foto dan video yang dikongsi dengan anda dalam Mesej. Foto dan video ini mempunyai gelembung pertuturan di penjuru kiri bawah imej kecil. Ketik imej kecil untuk berkongsi foto atau video, menyimpan ke pustaka anda atau memadamkan. Untuk menyembunyikan foto dan video yang dikongsikan dengan anda dalam Mesej, ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik Foto Anda Sahaja.

Nota: Foto dan video yang anda tidak simpan daripada perbualan Mesej dipadamkan dalam Dikongsi dengan Anda dan dari pustaka anda jika perbualan dalam Mesej dipadamkan.

Untuk menyahaktifkan Dikongsi Dengan Anda, pergi ke Seting > Mesej > Dikongsi Dengan Anda, kemudian nyahaktifkan Foto (hijau ialah aktif).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.