Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan maklumat tentang iPad anda

Lihat ketersediaan storan keseluruhan dan storan yang digunakan mengikut aplikasi

Pergi ke Seting  > Umum > Storan iPad.

Lihat artikel Sokongan Apple Cara menyemak storan pada iPhone, iPad dan iPod touch anda dan Uruskan storan iCloud anda.

Lihat penggunaan bateri

Pergi ke Seting  > Bateri untuk melihat masa berlalu sejak iPad dicas serta penggunaan mengikut app. Anda juga boleh paparkan paras bateri dalam peratusan dan aktifkan atau nyahaktifkan Mod Kuasa Rendah. Lihat Cas bateri iPad.

Lihat penggunaan selular

Lihat maklumat lanjut tentang iPad

Pergi ke Seting  > Umum > Perihal. Item anda dapat lihat termasuk:

  • Nama

  • Versi perisian iPadOS

  • Nama model

  • Nombor bahagian dan model. Nombor bahagian kelihatan di sebelah kanan Model. Untuk melihat nombor model, ketik nombor bahagian.

  • Nombor siri

  • Rangkaian (model Wi-Fi + Cellular)

  • Bilangan lagu, video, foto dan app

  • Kapasiti dan ruang storan tersedia

  • Pembawa (model Wi-Fi + Cellular)

  • Nombor Data Selular (model Wi-Fi + Cellular)

  • Alamat Wi-Fi dan Bluetooth

  • IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa) (model Wi-Fi + Cellular)

  • ICCID (Pengecam Kad Litar Bersepadu, atau Kad Pintar) untuk rangkaian GSM (model Wi-Fi + Cellular)

  • MEID (Pengecam Kelengkapan Mudah Alih) untuk rangkaian CDMA (model Wi-Fi + Cellular)

  • Perisian tegar modem

Untuk menyalin nombor siri dan pengecam lain, ketik dan tahan pengecam sehingga Salin kelihatan.

Untuk melihat maklumat Undang-undang & Kawal Selia (termasuk notis undang-undang dan lesen, waranti dan maklumat pendedahan RF) dan tanda kawal selia, pergi ke Seting > Umum > Undang-undang & Kawal Selia.

Lihat atau nyahaktifkan maklumat diagnostik

Pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan.

Untuk membantu Apple menambahbaik produk dan perkhidmatan, iPad menghantar data diagnostik dan penggunaan. Data ini tidak mengenal pasti anda secara peribadi tetapi mungkin termasuk maklumat lokasi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.