Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tempatkan item pada papan Freeform pada iPad

Dalam app Freeform , anda boleh mengalihkan, putarkan, atau saiz semula item pada papan anda. Anda boleh menjajarkan, mengedarkan atau mengumpulkan item serta mengalihkannya ke latar belakang atau latar depan. Anda boleh mengaktifkan grid atau panduan untuk membantu anda menempatkan item serta mengunci item apabila anda mahu mengelakkan perubahan selanjutnya.

Alihkan, putar dan saiz semula item

  1. Ketik lukisan, bentuk, kotak teks atau item lain pada papan anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tempatkan semula item: Seret dari bahagian tengah item.

    • Alihkannya dalam baris lurus: Untuk mengekang pergerakan item secara mendatar, menegak atau pepenjuru, seret item dengan satu jari sambil menggunakan jari lain untuk menyentuh dan menahan di mana-mana pada papan.

      Ilustrasi menunjukkan dua jari tangan mengalihkan item dalam baris lurus dalam Freeform.
    • Putarkannya: Letakkan dua jari pada item, kemudian pusing tangan anda ke arah yang anda mahu pusingkan item.

      Ilustrasi menunjukkan dua jari tangan memilih dan memutarkan item dalam Freeform.
    • Letakkannya di latar belakang atau latar depan: Ketik butang Lagi, kemudian ketik Belakang atau Depan.

    • Saiz semula: Seret titik biru.

      Dalam kotak teks, seret titik hijau untuk mensaiz semula kotak dan teks di dalamnya.

    • Padankan saiznya dengan item lain: Gunakan jari kedua untuk menyentuh dan menahan item yang anda mahu padankan selepas anda mula mensaiz semula. Apabila perkataan Padan Saiz kelihatan, angkat kedua-dua jari anda pada masa yang sama.

      Ilustrasi menunjukkan dua jari tangan pada dua tangan memilih dan memadankan saiz dua item dalam Freeform.

Sembunyikan atau tunjukkan grid

Anda boleh menunjukkan grid titik kelabu dalam papan anda. Ini membolehkan anda melihat dengan lebih mudah jika item sebaris.

Ketik butang Menu Tindakan (berhampiran penjuru kiri atas), kemudian ketik Sembunyikan Grid atau Tunjukkan Grid.

Aktifkan atau nyahaktifkan panduan

Panduan boleh membantu anda meletakkan item dengan tepat. Apabila panduan aktif, ia kelihatan semasa anda menyeret item pada papan dan ia dijajarkan dengan item lain. Panduan juga menandakan apabila tiga atau lebih item dijarakkan dengan sama rata. Anda boleh menyahaktifkan dan mengaktifkan panduan mengikut keperluan.

Pergi ke Seting  > Freeform. Aktifkan atau nyahaktifkan Panduan Pusat, Panduan Pinggir dan Panduan Jarak.

Jajarkan dan kumpulkan berbilang item pada papan

Anda boleh mengumpulkan berbilang item supaya mudah untuk mengalih, memutarkannya, atau mensaiz semula item sebagai satu unit. Anda juga boleh menjajarkan berbilang item relatif kepada satu sama lain.

Papan Freeform diisi dengan foto grid. Satu baris foto dipilih dan alat penjajaran serta pemformatan kelihatan.
  1. Pilih berbilang item dengan melakukan satu yang berikut:

    • Ketik dan tahan item pada papan anda, kemudian ketik item lain dengan jari lain.

      Ilustrasi menunjukkan dua jari memilih item dalam Freeform.
    • Sentuh dan tahan kanvas, kemudian seret kotak yang kelihatan di sekeliling item yang anda mahu pilih.

      Ilustrasi menunjukkan jari menyeret untuk memilih item dalam Freeform:
    • Ketik ruang kosong pada kanvas, kemudian ketik Pilih Objek. Ketik setiap item yang anda mahu pilih. Ketik item lagi jika anda mahu menyahpilihnya.

  2. Alihkan, putar, atau saiz semula item dipilih, atau ketik butang Susun, kemudian ketik pilihan penjajaran atau Kumpulan.

Besarkan atau tentukan ruang pada papan

Papan Freeform memuatkan sebarang item yang anda letakkan padanya secara automatik, dengan margin menjangkaui item di pinggir papan.

Untuk membesarkan papan, seret item ke arah yang anda mahu tambah ruang.

Petua: Apabila anda mahu menentukan ruang kerja untuk peserta anda (berbanding mempunyai kanvas terbuka luas), cuba menambah segi empat tepat yang besar. Pilih bentuk, ketik butang Lagi, kemudian ketik Balik. Anda mungkin mahu mengunci bentuk.

Kunci item pada papan

Anda boleh mengunci item untuk elak mengalihkan, mengubah suai, atau memadamkannya secara tidak sengaja. Contohnya, anda boleh menggunakan item dikunci bagi menyusun tempat peserta lain berkongsi item dalam papan.

  1. Ketik lukisan, bentuk, kotak teks atau item lain pada papan anda.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Kunci.

Pilih item dan skrol dengan Apple Pencil

Secara lalai, Apple Pencil berfungsi sebagai alat melukis dan menulis dalam Freeform. Anda boleh menukar seting ini jika anda juga mahu boleh menggunakan Apple Pencil untuk memilih item dan menskrol.

  1. Pergi ke Seting  > Freeform.

  2. Di bawah Apple Pencil, aktifkan Pilih dan Skrol (hijau adalah aktif).

Selepas anda menukar seting ini, ketik butang Alat Lukisan dan Tulisan Tangan dalam bar alat untuk melukis. Ketik butang lagi untuk menggunakan Pencil bagi memilih dan menskrol.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.