Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tapis dan isih foto serta video dalam album pada iPad

Anda boleh menapis dan mengisih foto dan video dalam album yang anda cipta dalam app Foto . Contohnya, anda boleh menapis album untuk menunjukkan hanya video, hanya foto, atau foto dan video yang anda tandakan sebagai kegemaran. Anda juga boleh mengisih foto dan video dalam album mengikut paling baharu ke paling lama, paling lama ke paling baharu, atau dalam tertib tersuai.

Tapis foto dan video dalam album

Anda boleh menapis foto dan video dalam album mengikut kegemaran, diedit, foto dan video.

  1. Buka album, kemudian ketik butang Tindakan.

  2. Ketik Tapis, kemudian pilih cara anda mahu menapis foto dan video dalam album.

  3. Ketik Selesai.

Untuk mengeluarkan penapis daripada album, ketik butang Penapis, ketik Semua Item, kemudian ketik Selesai.

Isih foto dalam album

Anda boleh mengisih foto dan video dalam album mengikut paling baharu ke paling lama, atau paling lama ke paling baharu.

  1. Buka album, kemudian ketik butang Tindakan.

  2. Ketik Isih, kemudian pilih cara anda mahu mengisih foto dan video dalam album.

Untuk mengalihkan foto individu, sentuh dan tahan imej kecil, kemudian seretnya ke lokasi baharu untuk isih tersuai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.