Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Semak cuaca pada iPad

Gunakan app Cuaca untuk menyemak keadaan cuaca di lokasi semasa anda. Lihat ramalan jam akan datang dan ramalan 10 hari, lihat maklumat cuaca buruk dan banyak lagi.

Nota: Cuaca menggunakan Perkhidmatan Lokasi untuk mendapatkan ramalan untuk lokasi semasa anda. Untuk memastikan Perkhidmatan Lokasi diaktifkan, pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Cuaca. Aktifkan Lokasi Tepat untuk meningkatkan ketepatan ramalan di lokasi semasa anda.

Skrin Cuaca menunjukkan dari atas ke bawah: lokasi, suhu semasa, suhu tinggi dan rendah untuk hari tersebut, ramalan setiap jam dan ramalan 10 hari di sebelah kiri skrin, serta peta kerpasan dan skala kualiti udara di sebelah kanan skrin.

Semak ramalan dan keadaan tempatan

Apabila anda membuka Cuaca, butiran untuk lokasi semasa anda ditunjukkan. Jika anda tidak melihatnya, ketik butang Tunjukkan Bar Sisi, kemudian ketik Lokasi Saya.

Skrol ke bawah untuk melihat butiran cuaca seperti:

  • Ramalan ikut jam: Leret paparan ikut jam ke kiri atau kanan.

  • Ramalan 10 hari: Lihat keadaan cuaca, peluang kerpasan, serta suhu tinggi dan rendah untuk hari akan datang.

    Petua: Ketik hari dalam ramalan 10 hari untuk melihat ramalan suhu ikut jam bagi hari tersebut, suhu tinggi dan rendah, serta banyak lagi. Ketik butang Keadaan Carta untuk menukar keadaan cuaca yang dipaparkan.

  • Isyarat cuaca buruk: Lihat kemas kini untuk peristiwa cuaca seperti ribut musim sejuk dan banjir kilat (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Ketik isyarat untuk membaca isyarat yang dikeluarkan oleh kerajaan.

    Skrin Cuaca menunjukkan hujan di latar belakang skrin dan dari atas ke bawah: lokasi, suhu semasa, Hujan, suhu tinggi dan rendah untuk hari tersebut, amaran cuaca untuk Angin Buruk dan dua lagi, ramalan hujan untuk jam seterusnya dan peta kerpasan. Di bawah amaran cuaca dan maklumat kerpasan ialah ramalan setiap jam, ramalan 10 hari di sebelah kiri bawah skrin dan skala kualiti udara di sebelah kanan bawah skrin.
  • News: Baca artikel berita apabila terdapat berita yang relevan dengan cuaca di lokasi tersebut (tidak tersedia di semua negara atau rantau).

  • Kualiti udara: Lihat maklumat kualiti udara; ketik untuk melihat butiran tentang maklumat kesihatan dan bahan cemar (tidak tersedia di semua negara atau rantau).

    Nota: Skala kualiti udara kelihatan di atas ramalan ikut jam apabila kualiti udara mencapai paras tertentu untuk lokasi tersebut. Untuk sesetengah lokasi, skala kualiti udara sentiasa kelihatan di atas ramalan setiap jam.

  • Peta: Lihat peta suhu, kerpasan atau kualiti udara di kawasan tersebut. Ketik peta untuk melihatnya dalam skrin penuh atau untuk menukar paparan peta antara suhu, kerpasan dan kualiti udara. Lihat Lihat peta cuaca pada iPad.

  • Butiran cuaca tambahan: Lihat maklumat cuaca tambahan seperti indeks UV, matahari terbit, matahari terbenam, angin, kerpasan dan banyak lagi. Ketik butiran cuaca untuk ramalan lanjutan, ringkasan harian dan maklumat lanjut yang khusus untuk butiran tersebut.

    Petua: Sesetengah butiran cuaca termasuk ciri interaktif; seret jari anda ke atas carta untuk melihat nilai data pada masa khusus, ketik hari untuk melihat nilai data untuk hari tersebut, atau ketik butang Keadaan Cuaca untuk menukar paparan ke butiran cuaca berbeza.

Untuk mengetahui tentang sumber data untuk app Cuaca, lihat artikel Sokongan Apple, Ketersediaan ciri dan sumber data dalam app Cuaca.

Bertukar antara Celcius dan Fahrenheit

  1. Buka Cuaca, kemudian ketik butang Tunjukkan Bar Sisi atau putarkan iPad anda ke paparan landskap untuk memaparkan bar sisi.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Celcius atau Fahrenheit.

Hantar laporan tentang cuaca

Anda boleh melaporkan cuaca di lokasi anda jika cuaca tidak sepadan dengan yang ditunjukkan dalam app Cuaca.

  1. Buka Cuaca, kemudian ketik butang Tunjukkan Bar Sisi atau putarkan iPad anda ke paparan landskap untuk memaparkan bar sisi.

  2. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Laporkan Isu.

  3. Ketik pilihan yang terbaik untuk menerangkan keadaan cuaca di lokasi anda.

  4. Ketik Hantar.

Maklumat yang anda kongsi dengan Apple tidak dikaitkan dengan Apple ID anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.