Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Teks Langsung dengan kamera iPad anda

Pada model disokong, Kamera mengecam teks dan maklumat yang kelihatan dalam bingkai kamera, membolehkan anda berinteraksi dengannya dalam berbilang cara. Anda boleh memilih teks untuk disalin, dikongsi atau diterjemah atau anda boleh menggunakan tindakan cepat untuk melaksanakan tugas seperti membuat panggilan, membuka tapak web atau menukar mata wang.

Teks Langsung boleh digunakan dalam app lain seperti Safari, Foto, Lihat Cepat dan banyak lagi.

Skrin Kamera dengan resipi dalam bingkai kamera. Teks dalam menu dipilih dan teks bergaris bawah menunjukkan pilihan penukaran untuk 8 auns. Di bahagian bawah skrin ialah butang tindakan cepat untuk menukarkan 2 cawan dan 8 auns.
  1. Buka Kamera, kemudian tempatkan iPad anda supaya teks kelihatan dalam bingkai kamera.

  2. Ketik butang Teks Langsung.

  3. Sentuh dan tahan teks, kemudian gunakan titik capai untuk memilih teks khusus dan melakukan mana-mana tindakan di bawah:

    • Salin Teks: Salin teks untuk menampal pada app lain seperti Nota atau Mesej.

    • Pilih Semua: Pilih semua teks dalam bingkai.

    • Rujuk: Tunjukkan cadangan web diperibadikan.

    • Terjemah: Terjemah teks.

    • Cari dalam web: Cari teks dipilih di web.

    • Kongsi: Kongsi teks menggunakan AirDrop, Mesej, Mail atau pilihan lain yang tersedia.

      Petua: Bergantung pada kandungan, anda boleh mengetik tindakan cepat di bahagian bawah skrin untuk melakukan perkara seperti buat panggilan telefon, lawati tapak web, mulakan e-mel, tukar mata wang dan banyak lagi.

  4. Ketik butang Teks Langsung Aktif untuk kembali ke Kamera.

Untuk menyahaktifkan Teks Langsung pada kamera iPad anda, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Teks Dikesan.

Nota: Teks Langsung tidak tersedia di semua rantau atau bahasa. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.