Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Susun tab anda dengan Kumpulan Tab dalam Safari pada iPad

Dalam app Safari , anda boleh mencipta Kumpulan Tab untuk memastikan tab tersusun dan menjadikannya mudah dicari lagi kemudian.

Bar sisi Safari di sebalah kiri tetingkap Safari. Di bahagian atas kanan adalah butang Kumpulan Tab Baharu. Dalam bar sisi, dari atas ke bawah, ialah pilihan Buka Tab, Peribadi, Kumpulan Tab, Dikongsi dengan Anda, Penanda Buku, Senarai Bacaan dan Sejarah.

Cipta Kumpulan Tab baharu

  1. Ketik butang Tunjukkan Bar Sisi untuk membuka bar sisi, kemudian ketik butang Kumpulan Tab di penjuru kanan atas bar sisi.

  2. Pilih pilihan, kemudian namakan Kumpulan Tab baharu.

Namakan semula Kumpulan Tab

  1. Ketik butang Tunjukkan Bar Sisi untuk membuka bar sisi, kemudian sentuh dan tahan sebarang Kumpulan Tab.

  2. Ketik Nama Semula.

Susun semula tab dalam Kumpulan Tab

  1. Sentuh dan tahan sebarang tab.

  2. Dalam menu yang kelihatan, ketik Susun Tab Mengikut, kemudian pilih pilihan.

    Atau sentuh dan tahan tab, kemudian seretnya ke tempat yang anda mahukannya.

Pinkan tab di bahagian depan Kumpulan Tab

Anda boleh menyesuaikan Kumpulan Tab anda dengan tab yang dipinkan dalam setiap kumpulan. Tab yang dipin kekal dipin ke sebelah kiri bar tab.

  1. Sentuh dan tahan tab yang anda mahu pinkan.

  2. Dalam menu yang kelihatan, ketik Pinkan Tab.

    Untuk menyahpin tab, sentuh dan tahannya, kemudian ketik Nyahpin Tab.

Alihkan tab ke Kumpulan Tab lain

  1. Sentuh dan tahan dalam bar tab, kemudian pilih Alih ke Kumpulan Tab.

  2. Pilih salah satu Kumpulan Tab yang anda cipta sebelum ini, atau ketik Kumpulan Tab Baharu untuk mencipta yang baharu.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.