Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Perkongsian Keluarga pada iPad

Perkongsian Keluarga membolehkan anda dan sehingga lima ahli keluarga lain berkongsi akses ke perkhidmatan Apple, pembelian, pelan storan iCloud dan banyak lagi. Anda juga boleh membantu mencari peranti masing-masing yang hilang.

Seorang ahli keluarga dewasa—pengelola—menjemput ahli keluarga lain untuk menyertai. Apabila ahli keluarga menyertai, Perkongsian Keluarga disediakan pada peranti semua orang secara automatik. Kumpulan kemudian memilih perkhidmatan dan ciri yang mereka mahu gunakan dan berkongsi.

Perkongsian Keluarga tersedia pada peranti yang layak. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.

Skrin Perkongsian Keluarga dalam Seting. Lima ahli keluarga disenaraikan di atas ciri yang dikongsi.

Cipta kumpulan Perkongsian Keluarga

Anda hanya perlu menyediakan Perkongsian Keluarga pada satu peranti. Kemudian ia tersedia pada semua peranti anda yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyediakan kumpulan Perkongsian Keluarga anda.

  2. Tambah satu atau lebih ahli keluarga. Apabila anda menambah ahli keluarga dewasa, anda boleh menetapkan mereka sebagai ibu bapa atau penjaga. Ketahui tentang jenis ahli Perkongsian Keluarga.

    Anda juga boleh menambahkan ahli keluarga kemudian. Lihat Tambah ahli ke kumpulan Perkongsian Keluarga pada iPad.

  3. Ketik ciri yang anda mahu sediakan untuk kumpulan Perkongsian Keluarga anda, kemudian ikuti arahan atas skrin.

    Untuk menyediakan kawalan ibu bapa atau Apple Cash untuk anak, ketik nama mereka, ketik ciri, kemudian ikuti arahan atas skrin.

    Anda boleh melihat perkara yang anda kongsikan dengan keluarga anda dan melaraskan seting perkongsian pada bila-bila masa.

Untuk mengetahui cara menyediakan atau menyertai kumpulan Perkongsian Keluarga pada semua peranti anda, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.

Perkara yang boleh anda lakukan dengan Perkongsian Keluarga

Dengan kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyediakan atau berkongsi yang berikut:

Petua: Anda boleh menggunakan Senarai Semak Keluarga untuk melihat petua dan cadangan untuk ciri Perkongsian Keluarga. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Perkongsian Keluarga, kemudian ketik Senarai Semak Keluarga.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.