Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi sambungan internet anda daripada iPad (Wi-Fi + Cellular)

Jika anda mempunyai pelan data selular yang aktif, anda boleh menggunakan Hotspot Peribadi untuk berkongsi sambungan internet selular daripada iPad (model Wi-Fi + Cellular) anda ke peranti lain. Hotspot Peribadi berguna apabila peranti lain tidak mempunyai akses internet daripada rangkaian Wi-Fi.

Nota: Hotspot Peribadi tidak tersedia dengan semua pembawa. Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Bilangan peranti yang boleh menyertai Hotspot Peribadi anda pada satu masa bergantung pada pembawa dan model iPad anda. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sediakan Hotspot Peribadi pada iPad

Pergi ke Seting  > Data Selular, ketik Sediakan Hotspot Peribadi, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Nota: Jika anda tidak melihat Sediakan Hotspot Peribadi sebagai pilihan, tetapi anda mempunyai pelan data selular yang aktif dan Data Selular diaktifkan dalam Seting > Data Selular, hubungi pembawa anda tentang menambahkan Hotspot Peribadi pada pelan anda.

Anda boleh menukar seting berikut:

  • Tukar kata laluan Wi-Fi untuk Hotspot Peribadi anda: Pergi ke Seting > Hotspot Peribadi > Kata Laluan Wi-Fi.

  • Nyahaktifkan Hotspot Peribadi dan putuskan sambungan peranti: Pergi ke Seting > Hotspot Peribadi, kemudian nyahaktifkan Benarkan yang Lain Menyertai.

Sambungkan Mac atau PC ke Hotspot Peribadi anda

Anda boleh menggunakan Wi-Fi, kabel USB, atau Bluetooth untuk menyambungkan Mac atau PC ke Hotspot Peribadi anda. Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Gunakan Wi-Fi untuk bersambung daripada Mac: Pada Mac, klik menu status Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih iPad anda daripada senarai rangkaian tersedia.

    Jika diminta kata laluan, masukkan kata laluan yang ditunjukkan dalam Seting > Hotspot Peribadi pada iPad anda.

    Ikon status Wi-Fi dalam bar menu bertukar ke ikon Hotspot Peribadi selagi Mac anda kekal bersambung ke Hotspot Peribadi anda.

    Nota: Anda boleh menyambungkan peranti anda ke Hotspot Peribadi tanpa memasukkan kata laluan apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada Mac dan iPad, anda telah mengaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth pada Mac anda dan anda telah mengaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth pada iPad anda.

  • Gunakan Wi-Fi untuk bersambung daripada PC: Dalam seting Wi-Fi pada PC anda, pilih iPad anda, kemudian masukkan kata laluan yang ditunjukkan dalam Seting > Hotspot Peribadi pada iPad anda.

  • Gunakan USB: Sambungkan iPad dan komputer anda menggunakan kabel. Jika anda menerima isyarat yang mengatakan Percaya Komputer ini?, ketik Percaya. Dalam keutamaan rangkaian komputer anda, pilih iPad, kemudian konfigurasi seting rangkaian.

  • Gunakan Bluetooth: Untuk memastikan iPad anda boleh ditemui, pergi ke Seting  > Bluetooth dan biarkan skrin ditunjukkan. Pada Mac anda, gunakan Bluetooth untuk menyambungkan Mac dan iPad anda. Pada iPad anda, ketik nama Mac anda, kemudian ikuti arahan atas skrin pada Mac anda.

    Pada PC, ikut arahan pengeluar untuk menyediakan sambungan rangkaian Bluetooth.

Sambungkan iPhone, iPod touch, atau iPad lain ke Hotspot Peribadi anda

Pada peranti lain, pergi ke Seting  > Wi-Fi, kemudian pilih iPad anda daripada senarai rangkaian tersedia.

Jika diminta kata laluan pada peranti lain, masukkan kata laluan yang ditunjukkan dalam Seting > Hotspot Peribadi pada iPad anda.

Nota: Anda boleh menyambungkan peranti tanpa memasukkan kata laluan apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti dan anda telah mengaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth pada kedua-dua peranti.

Apabila peranti disambungkan, jalur biru kelihatan di bahagian atas skrin iPad anda. Ikon Hotspot Peribadi kelihatan dalam bar status peranti yang disambungkan.

Dengan Perkongsian Keluarga, anda boleh berkongsi Hotspot Peribadi anda dengan mana-mana ahli keluarga anda secara automatik atau selepas mereka meminta kelulusan. Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga pada iPad.

Apabila anda berkongsi Hotspot Peribadi daripada iPad anda, ia menggunakan data selular untuk sambungan internet. Untuk memantau penggunaan rangkaian data selular anda, pergi ke Seting > Data Selular. Lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPad (model Wi-Fi + Cellular).

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan menggunakan Hotspot Peribadi, lihat artikel Sokongan Apple Jika Hotspot Peribadi tidak berfungsi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.