Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Siri untuk memainkan muzik pada iPad

Anda boleh menggunakan Siri untuk mengawal main balik muzik dalam app Muzik .

Aktifkan Siri, kemudian buat permintaan anda. Siri boleh membantu anda menikmati pustaka muzik anda dalam pelbagai cara:

  • Main Apple Music: Anda boleh memainkan sebarang lagu, artis, album, senarai main, atau stesen. Contohnya, sebutkan, “Mainkan ‘Gasoline’ oleh The Weeknd” atau “Mainkan Kehlani”. Siri juga boleh memainkan lagu popular daripada genre atau tahun berbeza. Sebutkan “Mainkan lagu teratas dari 1990”. Anda juga boleh memainkan muzik pada peranti didayakan AirPlay 2 dalam bilik tertentu. Sebutkan sesuatu seperti “Mainkan album terkini oleh Camila Cabello di ruang tamu”.

  • Biarkan Apple Music menjadi DJ peribadi anda: Sebutkan sesuatu seperti “Mainkan Chill Mix saya” atau “Mainkan sesuatu yang saya suka”.

  • Tambahkan muzik daripada Apple Music ke pustaka anda: Contohnya, sebutkan, “Tambah ‘Evergreen’ oleh Omar Apollo pada Pustaka saya”. Atau semasa memainkan sesuatu, sebutkan “Tambah ini ke pustaka saya”. (Langganan Apple Music diperlukan.) Tidak tersedia dengan Apple Music Voice.)

  • Tambah lagu atau album ke senarai main: Semasa memainkan lagu, sebut sesuatu seperti “Tambah lagu ini ke senarai main Latihan saya” atau “Tambah album ini pada senarai main Waktu Pagi Ahad saya”.

  • Ketahui lebih lanjut mengenai lagu semasa: Sebut “Apa yang sedang dimainkan?”, “Siapa yang menyanyikan lagu ini?”, atau “Lagu ini oleh siapa?”

    Petua: Anda juga boleh mengenal pasti lagu yang dimainkan pada atau berhampiran iPad dengan menambah kawalan Pengecaman Muzik ke Pusat Kawalan. Pergi ke Seting  > Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Masukkan bersebelahan Pengecaman Muzik. Dengan lagu dimainkan, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Pengecaman Muzik.

  • Mainkan lagu berdasarkan liriknya: Sebut “Mainkan lagu dengan lirik” dan kemudian sebut frasa penting daripada lirik.

Ketahui cara menggunakan Siri.

Siri juga boleh membantu anda mencari muzik dalam iTunes Store. Lihat Dapatkan muzik, filem dan rancangan TV dalam iTunes Store pada iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.