Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Aktifkan atau nyahaktifkan Fokus pada iPad

Untuk menggunakan fokus, anda boleh mengaktifkannya terus dalam Pusat Kawalan, atau menjadualkannya untuk diaktifkan secara automatik.

Aktifkan Fokus dalam Pusat Kawalan

  1. Buka Pusat Kawalan, ketik Fokus, kemudian ketik Fokus yang anda mahu aktifkan (contohnya Jangan Ganggu).

    Nota: Jika Fokus lain aktif, ia dinyahaktifkan apabila anda mengetik yang baharu.

    Pusat Kawalan menunjukkan pilihan Fokus, dengan butang untuk mengesetkan tempoh pilihan Fokus.
  2. Untuk memilih titik tamat bagi Fokus, ketik butang Jangan Ganggu di sebelah Fokus, pilih pilihan (seperti “Untuk 1 jam” atau “Sehingga saya meninggalkan lokasi ini”), kemudian ketik butang Jangan Ganggu lagi.

    Skrin untuk memilih tempoh masa untuk membiarkan Jangan Ganggu aktif—pilihannya ialah “Untuk 1 jam”, “Sehingga petang ini”, “Sehingga saya meninggalkan lokasi ini” dan “Sehingga tamat peristiwa ini”.

Apabila Fokus aktif, ikonnya (contohnya butang Jangan Ganggu untuk Jangan Ganggu) kelihatan dalam bar status dan pada Skrin Kunci serta status anda dipaparkan secara automatik dalam app Mesej. Rakan anda boleh melihat yang anda telah menyenyapkan pemberitahuan, tetapi mereka masih boleh memaklumkan anda jika terdapat perkara penting.

Nota: Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus dengan pergi ke Seting  > Fokus, mengetik Fokus, kemudian mengaktifkannya.

Aktifkan atau nyahaktifkan Fokus menggunakan Siri

Anda boleh menggunakan Siri untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan Fokus Bekerja” atau “Nyahaktifkan Fokus Bekerja”. Ketahui cara menggunakan Siri.

Jadualkan Fokus untuk diaktifkan secara automatik

Anda boleh menjadualkan Fokus untuk diaktifkan pada masa tertentu, semasa anda di lokasi tertentu, atau apabila anda membuka app tertentu.

  1. Pergi ke Seting  > Fokus, kemudian ketik Fokus yang anda mahu jadualkan.

  2. Untuk membuatkan Fokus ini diaktifkan secara automatik pada masa tertentu berdasarkan kiu seperti lokasi atau penggunaan app, ketik Pengaktifan Pintar, aktifkan Pengaktifan Pintar, kemudian ketik butang Balik di bahagian atas skrin.

  3. Ketik Tambah Jadual, kemudian setkan masa, lokasi, atau app yang anda mahu aktifkan Fokus ini.

Nota: Apabila anda menyediakan Fokus Tidur, ia mengikuti jadual tidur yang anda setkan dalam app Kesihatan pada iPhone. Untuk menambah atau mengedit jadual tidur, buka app Kesihatan pada iPhone, ketik Layari, kemudian ketik Tidur.

Nyahaktifkan Fokus

Apabila anda selesai menggunakan Fokus, anda boleh menyahaktifkannya dengan cepat untuk membenarkan pemberitahuan semula. Selepas anda menyahaktifkan Fokus, ia masih kelihatan dalam Pusat Kawalan dan boleh digunakan semula.

  1. Lakukan mana-mana daripada berikut:

  2. Ketik Fokus yang aktif untuk menyahaktifkannya.

Padam Fokus

Apabila anda tidak lagi memerlukan Fokus yang anda sediakan, anda boleh memadamkannya.

  1. Pergi ke Seting  > Fokus.

  2. Ketik Fokus, skrol ke bahagian bawah skrin, kemudian ketik Padam Fokus.

Jika anda memadamkan Fokus disediakan, anda perlu menyediakannya semula dengan pergi ke Seting > Fokus, kemudian mengetik butang Tambah.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.