Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Baca berita perniagaan dalam Saham pada iPad

Dalam app Saham n/a, anda boleh membaca cerita perniagaan untuk menyerlahkan berita semasa yang memacu pasaran. Di negara yang Apple News tersedia, anda juga boleh melihat cerita yang dipilih oleh editor Apple News dan cerita daripada Apple News+. (Kandungan Apple News dan Apple News+ tidak tersedia di semua negara atau rantau.)

Untuk mengetahui lanjut tentang Apple News+, lihat Langgan Apple News+ pada iPad.

Skrin Saham dalam orientasi landskap. Cerita daripada Apple News mengisi bahagian tengah skrin. Medan carian berada di penjuru kiri atas. Di bawah medan carian ialah senarai pemerhatian. Di bahagian kiri atas cerita ialah butang Balik untuk kembali ke app Saham. Di penjuru kanan atas skrin atas cerita ialah butang Saiz Teks dan Lagi Tindakan.

Baca cerita

  1. Buka Saham, kemudian ketik Berita Perniagaan atau simbol saham dalam senarai pemerhatian anda untuk melihat cerita. Lihat Urus simbol dalam senarai pemerhatian Simbol Saya.

  2. Ketik cerita untuk membacanya. Semasa melihat cerita, anda mempunyai pilihan ini:

    • Kembali ke suapan berita anda dalam Saham: Ketik butang Balik atau Selesai di penjuru kiri atas.

    • Simpan cerita ke Apple News: Ketik butang Penanda Buku di penjuru kiri atas.

      Nota: Untuk menyimpan cerita ke Apple News, pastikan untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda, kemudian pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud > Tunjukkan Semua dan aktifkan News.

    • Lihat lebih banyak cerita daripada penerbitan dalam Apple News: Ketik logo penerbit di bahagian atas skrin.

    • Tukar saiz teks: Ketik butang Saiz Teks di penjuru kanan atas, kemudian ketik huruf lebih kecil atau lebih besar untuk menukar saiz teks dalam cerita.

    • Kongsi cerita: Ketik butang Lagi Tindakan di penjuru kanan atas, ketik Kongsi Cerita, kemudian pilih pilihan perkongsian, seperti Mesej atau Mail.

    Nota: Jika anda mengetik cerita Apple News+ dan anda bukan pelanggan Apple News+, ketik butang langgan atau percubaan percuma, kemudian ikuti arahan atas skrin. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple News+, lihat Langgan Apple News+.

    Cerita daripada penerbitan yang anda telah sekat dalam Apple News tidak kelihatan dalam suapan berita. Lihat Lihat berita dipilih khas hanya untuk anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.