Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan akaun mel, kenalan dan kalendar pada iPad

Sebagai tambahan kepada app yang didatangkan dengan iPad dan yang anda gunakan dengan iCloud, iPad berfungsi dengan Microsoft Exchange dan kebanyakan perkhidmatan mel, kenalan dan kalendar popular yang berasaskan internet. Anda boleh menyediakan akaun untuk perkhidmatan ini.

Sediakan akaun mel

  1. Pergi ke Seting  > Mail > Akaun > Tambah Akaun.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik perkhidmatan—contohnya iCloud atau Microsoft Exchange—kemudian masukkan maklumat akaun anda.

    • Ketik Lain, ketik Tambah Akaun Mail, kemudian masukkan maklumat akaun anda.

Sediakan akaun kenalan

  1. Pergi ke Seting  > Kenalan > Akaun > Tambah Akaun.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik perkhidmatan—contohnya iCloud atau Microsoft Exchange—kemudian masukkan maklumat akaun anda.

    • Ketik Lain, ketik tambah Akaun LDAP atau Tambah Akaun CardDAV (jika organisasi anda menyokongnya), kemudian masukkan maklumat pelayan dan akaun anda.

Untuk mendapatkan bantuan lanjut, lihat Gunakan akaun kenalan lain pada iPad.

Sediakan akaun kalendar

  1. Pergi ke Seting  > Kalendar > Akaun > Tambah Akaun.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pilih perkhidmatan: Ketik perkhidmatan—contohnya iCloud atau Microsoft Exchange—kemudian masukkan maklumat akaun anda.

    • Tambah akaun kalendar: Ketik Lain, ketik Tambah Akaun CalDAV, kemudian masukkan maklumat pelayan dan akaun anda.

    • Langgan ke kalendar iCal (.ics): Ketik Lain, ketik Tambah Kalendar Dilanggan, kemudian masukkan URL fail .ics untuk dilanggan: atau import fail .ics daripada Mail.

Untuk mendapatkan bantuan lanjut, lihat Sediakan berbilang kalendar pada iPad.

Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan akaun Microsoft Exchange dalam persekitaran korporat, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Exchange ActiveSync pada iPhone, iPad, atau iPod touch.

Jika anda mengaktifkan Rantai Kunci iCloud pada iPad anda, akaun anda dikemas kini pada semua peranti anda yang Rantai Kunci iCloud diaktifkan. Lihat Gunakan Rantai Kunci iCloud untuk memastikan kata laluan, akaun dan banyak lagi terkini dengan iCloud dalam Panduan Pengguna iCloud.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.