Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah widget Saham ke Skrin Utama iPad anda

Gunakan widget Saham untuk menyemak saham sekilas pandang pada Skrin Utama iPad anda. Anda boleh memilih saiz widget Saham dan jumlah maklumat yang dipaparkan oleh widget—pilih satu daripada pilihan untuk memantau beberapa simbol, atau pilihan untuk memantau prestasi simbol tunggal. Lihat Tambah widget pada iPad.

Tukar paparan widget

Selepas anda menambahkan widget Saham ke Skrin Utama, anda boleh menukar simbol atau senarai pemerhatian yang kelihatan dalam widget.

  1. Sentuh dan tahan widget.

  2. Ketik Edit Widget.

  3. Bergantung pada pilihan widget, pilih simbol, senarai pemerhatian atau butiran senarai pemerhatian yang anda mahu paparkan.

Anda boleh menambahkan berbilang widget Saham ke Skrin Utama iPad anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.