Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Import foto dan video ke iPad

Anda boleh mengimport foto dan video terus ke app Foto daripada kamera digital, kad memori SD, atau iPhone, iPad, atau iPod touch lain yang mempunyai kamera. Bergantung pada model anda, gunakan Penyesuai Kamera Lightning ke USB, Pembaca Kamera USB-C ke Kad SD, atau Pembaca Kamera Lightning ke Kad SD (dijual berasingan).

  1. Masukkan penyesuai kamera atau pembaca kad ke penyambung Lightning atau USB-C pada iPad.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Sambungkan kamera: Gunakan kabel USB yang disertakan dengan kamera untuk menyambungkannya dengan penyesuai kamera. Hidupkan kamera, kemudian pastikan kamera dalam mod pindah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang disertakan dengan kamera.

    • Masukkan kad memori SD ke dalam pembaca kad. Jangan paksa kad masuk ke dalam pembaca. Kad hanya masuk dalam satu arah.

    • Sambungkan iPhone, iPad, atau iPod touch: Gunakan kabel USB yang disertakan dengan peranti untuk menyambungkannya dengan penyesuai kamera. Hidupkan dan buka kunci peranti.

  3. Buka Foto pada iPad anda, kemudian ketik Import.

  4. Pilih foto dan video yang anda mahu import, kemudian pilih destinasi import anda.

    • Import semua item: Ketik Import Semua.

    • Import sebahagian item sahaja: Ketik item yang anda mahu ingin import (tanda semak akan kelihatan), ketik Import, kemudian ketik Import Yang Dipilih.

  5. Selepas foto dan video telah diimport, simpan atau padamkannya pada kamera, kad, iPhone, iPad, atau iPod touch.

  6. Tanggalkan penyesuai kamera atau pembaca kad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.