Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Nilaikan tempat dalam Peta pada iPad

Dalam app Peta , anda boleh memberikan penilaian dan foto tempat yang anda lawati untuk membantu orang lain.

Nota: Penilaian dan Foto Apple tidak tersedia di semua negara atau rantau.

Berikan penilaian dan foto untuk tempat

  1. Ketik tempat pada peta atau hasil carian dalam Peta.

  2. Bergantung pada lokasi, sama ada skrol ke bawah ke kad tempat atau ketik Nilai (berdekatan bahagian atas kad tempat), kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Berikan penilaian: Ketik butang Suka atau butang Nyahsuka untuk kategori yang tersedia.

    • Hantar foto: Ketik Tambah Foto Anda, kemudian ikuti arahan atas skrin.

      Sebelum anda mengetik Tambah untuk menghantar foto, anda boleh memberikan kredit kepada diri anda untuk foto yang anda sumbangkan, menggunakan sama ada nama anda atau nama panggilan. Ketik Kredit Foto, kemudian aktifkan Tunjukkan Kredit dan jika mahu, masukkan nama panggilan untuk diri anda. (Pilihan kredit foto yang anda pilih digunakan pada semua foto yang anda telah hantar sebelum ini dan terus untuk menghantar.)

    Nota: Jika anda tidak melihat kategori penilaian atau butang Nilaikan pada kad tempat, anda tidak boleh menilai lokasi atau menambah foto.

Untuk memuat naik foto anda kepada Apple, anda mesti mempunyai Apple ID.

Lihat atau edit penilaian dan foto anda

Anda boleh melihat atau menukar penilaian anda, menambah dan mengeluarkan foto, menambah atau mengeluarkan kredit foto anda dan memberikan nama panggilan untuk kredit foto anda.

  1. Ketik gambar atau parap anda di bahagian kanan atas kad carian, kemudian ketik Penilaian & Foto.

    Jika gambar profil atau parap anda tidak kelihatan, ketik Batal bersebelahan medan carian, atau ketik medan carian, kemudian ketik Batal.

  2. Pilih salah satu tempat yang anda telah nilaikan.

  3. Untuk mengedit penilaian anda, ketik Nilaikan, buat perubahan anda, kemudian ketik Selesai.

  4. Untuk mengedit foto anda, ketik album Foto Anda, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Hantar foto lain: Ketik Tambah.

    • Keluarkan foto: Pilih foto, ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik Padam Foto Anda.

    • Tukar kredit foto anda: Pilih foto, ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik Tukar Kredit Foto. Pilihan kredit foto yang anda pilih digunakan pada semua foto yang anda telah hantar sebelum ini dan terus untuk menghantar.

Penilaian dan foto anda kelihatan pada semua peranti yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.

Anda mungkin menerima cadangan dalam Peta untuk menghantar penilaian atau foto jika anda melawati atau mengambil foto titik tempat tarikan. Cadangan ini menggunakan pemprosesan pada peranti dan tidak boleh dibaca oleh Apple. Jika anda mahu berhenti menerima cadangan ini, pergi ke Seting  > Peta, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Penilaian dan Cadangan Peta.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.