Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kenal pasti bunyi menggunakan iPad

iPad anda boleh berterusan mendengar bunyi tertentu—seperti bayi menangis, loceng pintu, atau siren—dan memaklumkan anda apabila iPad mengenal pasti bunyi ini.

Nota: Jangan bergantung pada iPad anda untuk mengenal pasti bunyi dalam keadaan apabila anda mungkin menghadapi bahaya atau kecederaan, dalam situasi risiko tinggi atau kecemasan, atau untuk navigasi.

Sediakan Pengecaman Bunyi

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Pengecaman Bunyi, kemudian aktifkan Pengecaman Bunyi.

  2. Ketik Bunyi, kemudian aktifkan bunyi yang anda mahu iPad kenal pasti.

Petua: Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Pengecaman Bunyi dengan cepat, gunakan Pusat Kawalan.

Tambah penggera, perkakas atau loceng pintu tersuai

Anda juga boleh menyediakan iPad untuk mengenal pasti penggera, perkakas atau loceng pintu tersuai.

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Pengecaman Bunyi > Bunyi.

  2. Ketik Penggera Tersuai atau Perkakas Tersuai atau Loceng Pintu, kemudian masukkan nama.

  3. Apabila penggera, perkakas atau loceng pintu anda telah sedia, letakkan iPad berdekatan bunyi dan minimumkan bunyi latar belakang.

  4. Ketik Mula Mendengar, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.