Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Apple Pay dalam app, Klip App dan Safari pada iPad

Anda boleh membuat pembelian menggunakan Apple Pay dalam app, Klip App dan di web menggunakan Safari di mana-mana sahaja anda melihat butang Apple Pay.

Halaman web produk dengan butang Apple Pay di sebelah kanan bawah.

Bayar dalam app, dalam Klip App dan di web

  1. Semasa daftar keluar, ketik butang Apple Pay.

  2. Semak maklumat bayaran.

    Anda boleh menukar maklumat kad kredit, pengebilan dan alamat penghantaran serta kenalan.

  3. Lengkapkan bayaran:

    • Pada iPad dengan Face ID: Dwiklik butang atas, kemudian sekilas pandang pada iPad untuk mengesahkan dengan Face ID atau masukkan kod laluan anda.

    • Pada iPad dengan Touch ID: Sahkan dengan Touch ID atau masukkan kod laluan anda.

Jejak pesanan anda

Dalam app Wallet  pada iPhone, anda boleh menjejak pembelian Apple Pay yang dibuat dalam app dan pada web daripada pedagang yang mengambil bahagian; lihat butiran tempahan, status penghantaran, pilihan pengurusan tempahan dan banyak lagi.

  1. Dalam Wallet pada iPhone, ketik butang Tempahan.

  2. Ketik tempahan untuk melihat butiran.

  3. Untuk berkongsi maklumat tempahan, ketik butang Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian, seperti Mesej.

Tukar maklumat penghantaran dan hubungan lalai anda

  1. Pergi ke Seting  > Wallet & Apple Pay.

  2. Setkan mana-mana yang berikut:

    • Alamat penghantaran

    • E-mel

    • Telefon

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.