Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Balas jemputan dalam Kalendar pada iPad

Dalam app Kalendar , balas jemputan mesyuarat dan peristiwa yang anda terima.

Balas jemputan peristiwa

  1. Untuk membalas pemberitahuan peristiwa, ketiknya.

    Atau, dalam Kalendar, ketik Peti Masuk, kemudian ketik jemputan.

  2. Ketik balasan anda—Terima, Mungkin, atau Tolak.

Untuk membalas jemputan yang anda terima melalui e-mel, ketik teks bergaris bawah dalam e-mel, kemudian ketik Tunjukkan dalam Kalendar.

Jika anda menambah komen pada balasan anda, komen anda mungkin dilihat oleh penganjur tetapi tidak oleh jemputan lain (komen mungkin tidak tersedia untuk semua kalendar). Untuk melihat peristiwa yang anda tolak, ketik butang Kalendar, kemudian aktifkan Tunjukkan Peristiwa Ditolak.

Cadangkan waktu mesyuarat lain

Anda boleh mencadangkan waktu berbeza untuk jemputan mesyuarat yang anda terima.

  1. Ketik mesyuarat, kemudian ketik Cadangkan Masa Baharu.

  2. Ketik waktu, kemudian masukkan yang baharu.

  3. Ketik Selesai, kemudian ketik Hantar.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.