Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari dalam Foto pada iPad

Apabila anda mengetik Cari dalam app Foto , anda melihat cadangan untuk detik, orang, tempat dan kategori untuk membantu anda mencari foto yang anda mahu, atau menemui semula peristiwa yang anda terlupa. Anda juga boleh menaipkan kata kunci dalam medan carian—contohnya, nama orang, tarikh atau lokasi—untuk membantu anda menemui foto tertentu.

Petua: Anda juga boleh mencari foto dan video dalam pustaka Foto anda apabila anda Gunakan iPad untuk mencari.

Foto dibuka dalam orientasi landskap. Di sebelah kiri skrin, bar sisi memaparkan Foto, Untukmu, Album dan butang Cari; Cari dipilih. Di bahagian atas skrin ialah medan carian; lokasi dan tarikh dimasukkan dalam medan carian. Di bawah medan carian, hasil carian yang dicadangkan disenaraikan. Grid foto terhasil daripada istilah carian berada di bahagian tengah skrin. Di bahagian kiri atas grid foto, jumlah keseluruhan foto dalam hasil carian disenaraikan. Di bahagian kanan atas grid foto ialah butang Lihat Semua.

Leret daripada penjuru kiri skrin atau ketik butang Tunjukkan Bar Sisi untuk menunjukkan bar sisi, kemudian ketik Carian. Lihat foto dalam kategori dicadangkan, atau gunakan medan carian di bahagian atas skrin untuk cari mengikut mana-mana yang berikut:

Petua: Mencari sesuatu yang lebih khusus? Perhalus carian anda dengan berbilang kata kunci—hanya tambahkan kata kunci sehingga anda menjumpai foto yang betul. Carian juga mencadangkan kata kunci untuk ditambah kepada carian anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.