Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi nota dan bekerjasama pada iPad

Dalam app Nota , anda boleh menghantar salinan nota kepada rakan. Anda juga boleh menjemput orang untuk bekerjasama pada nota atau pada folder nota dalam iCloud dan semua orang akan melihat perubahan terkini.

Kongsi salinan nota

  1. Buka nota yang anda mahu kongsi.

  2. Ketik butang Kongsi, pilih Hantar Salinan, kemudian pilih cara untuk menghantar nota anda.

Bekerjasama pada nota atau folder nota menggunakan iCloud

Jika anda mahu bekerjasama pada nota atau folder nota dengan orang lain, anda boleh berkongsi nota atau folder dalam iCloud. Anda setkan keizinan untuk kolaborator lain (seperti membenarkan mereka mengedit nota, menambah lampiran dan mencipta subfolder) dan semua kolaborator boleh melihat perubahan semua orang. Semua orang yang bekerjasama dengan anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID mereka dan mengaktifkan Nota dalam seting iCloud.

Nota: Anda tidak boleh bekerjasama pada nota dikunci atau folder dengan nota yang dikunci.

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Dalam senarai nota, leret ke kiri pada nota yang anda mahu kongsikan, kemudian ketik butang Kongsi Nota.

    • Buka nota yang anda mahu kongsi, kemudian ketik butang Kongsi.

    • Dalam senarai nota, leret ke kiri pada folder yang anda mahu kongsikan, kemudian ketik butang Kongsi Nota.

    • Buka folder yang anda mahu kongsikan, ketik butang Tindakan Folder, kemudian ketik Kongsi Folder.

  2. Pilih Bekerjasama.

  3. Untuk menukar akses dan keizinan, ketik pilihan kongsi di bawah Bekerjasama. Anda boleh mengesetkan mana-mana yang berikut:

    • Benarkan akses kepada orang yang anda jemput sahaja atau sesiapa dengan pautan.

    • Beri keizinan kepada kolaborator untuk membuat perubahan atau melihat sahaja.

    • Benarkan orang lain menjemput (tersedia hanya apabila kolaborator mempunyai keizinan untuk membuat perubahan).

  4. Pilih cara untuk menghantar jemputan anda (sebagai contoh, menggunakan Mesej atau Mail).

    Jika anda menghantar jemputan dalam Mesej, anda mendapat kemas kini aktiviti dalam perbualan Mesej apabila seseorang membuat perubahan dalam nota dikongsi. Ketik kemas kini untuk pergi ke nota dikongsi.

Lihat aktiviti dalam nota

Dalam senarai nota, titik jingga di sebelah kiri tajuk nota menunjukkan nota telah diubah sejak kali terakhir anda melihatnya.

  1. Buka nota, kemudian leret ke kanan pada nota atau leret ke atas pada kad Aktiviti untuk melihat orang yang membuat perubahan dan masa perubahan dibuat.

  2. Untuk melaraskan cara aktiviti ditunjukkan, ketik butang Lihat Peserta, kemudian pilih mana-mana daripada berikut:

    • Tunjukkan Kemas Kini: Menunjukkan perubahan yang dilakukan sejak kali terakhir anda membuka nota.

    • Tunjukkan Semua Aktiviti: Menunjukkan semua aktiviti dalam nota.

    • Tunjukkan Serlahan: Menunjukkan nama, tarikh dan perubahan yang dilakukan oleh setiap kolaborator.

Petua: Untuk menyebut kolaborator dan memaklumkan mereka tentang kemas kini penting, taipkan tanda @ diikuti nama mereka.

Lihat aktiviti dalam folder

Sentuh dan tahan folder, kemudian ketik Tunjukkan Aktiviti Folder.

Tukar seting perkongsian

  • Uruskan nota dikongsi: Ketik butang Bekerjasama, kemudian ketik Urus Nota Dikongsi.

  • Uruskan folder dikongsi: Ketik butang Tindakan Folder, kemudian ketik Urus Folder Dikongsi.

  • Keluarkan orang: Ketik kolaborator yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Keluarkan Akses.

  • Tukar seting akses dan keizinan: Untuk menukar seting bagi semua kolaborator, ketik Pilihan Perkongsian. Untuk menukar seting bagi kolaborator individu, ketik nama mereka.

  • Berhenti berkongsi: Apabila anda memilih pilihan ini, nota atau folder dikongsi dipadamkan daripada peranti peserta lain.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.