Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Edit dan uruskan senarai dalam Peringatan pada iPad

Dalam app Peringatan , anda boleh mengedit dan mengurus item dalam senarai dengan mudah.

Skrin Peringatan menunjukkan senarai peringatan di sebelah kiri dan senarai tugas di sebelah kanan. Butang Peringatan Baharu di bahagian tengah bawah.

Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dinaik taraf. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.

Tandakan item sebagai lengkap

Ketik bulatan kosong bersebelahan item untuk menandakannya sebagai selesai dan menyembunyikannya.

Untuk nyahsembunyikan item yang diselesaikan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Tunjukkan Diselesaikan. Untuk memadamkan item yang diselesaikan, ketik Kosongkan.

Edit berbilang item pada masa yang sama

  1. Semasa melihat senarai, ketik butang Lagi, ketik Pilih Peringatan, kemudian pilih item yang anda mahu edit. Anda juga boleh menyeret dua jari di atas item.

  2. Gunakan butang di bahagian bawah skrin untuk menambahkan tarikh dan masa, mengalihkan, memadamkan, menetapkan, menyelesaikan, mengetag atau membenderakan item dipilih.

Cipta subtugas

Leret ke kanan pada item, kemudian ketik Inden. Atau seret item ke atas item lain.

Jika anda menyelesaikan tugas utama, subtugas juga diselesaikan. Jika anda memadam atau mengalihkan tugas utama, subtugas juga dipadam atau dialihkan.

Isih dan susun semula item dalam senarai

  • Isih item mengikut tarikh jangka, tarikh penciptaan, keutamaan, atau tajuk: (tidak tersedia dalam Semua Senarai Pintar dan Senarai Pintar Dijadualkan) Dalam senarai, ketik butang Lagi, ketik Isih Ikut, kemudian pilih pilihan.

    Untuk menterbalikkan tertib isih, ketik butang Lagi, ketik Isih Ikut, kemudian pilih pilihan lain, seperti Terbaharu Dahulu.

  • Susun semula item dalam senarai secara manual: Sentuh dan tahan item yang anda mahu alihkan, kemudian seretnya ke lokasi baharu.

    Tertib manual disimpan apabila anda mengisih semula senarai mengikut tarikh jangka, tarikh penciptaan, keutamaan, atau tajuk. Untuk menterbalikkan tertib manual yang terakhir disimpan, ketik butang Lagi, ketik Isih Ikut, kemudian ketik Manual.

Apabila anda mengisih atau menyusun semula senarai, tertib baharu digunakan pada senarai pada peranti lain anda yang anda gunakan peringatan yang telah dinaik taraf. Jika anda mengisih atau menyusun semula senarai dikongsi, peserta lain juga melihat tertib baharu (jika mereka menggunakan peringatan yang telah dinaik taraf).

Padam item

Leret ke kiri pada item, kemudian ketik Padam.

Jika anda menukar fikiran, anda boleh memulihkan item yang dipadamkan—ketik dengan tiga jari atau goncang untuk membuat asal.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.