Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Siri untuk memainkan muzik pada iPad

Pelanggan Apple Music boleh menggunakan Siri untuk mengawal main balik muzik pada iPad.

Aktifkan Siri, kemudian buat permintaan anda. Anda boleh menggunakan Siri dengan pelbagai cara:

  • Main Apple Music: Anda boleh memainkan sebarang lagu, artis, album, senarai main, atau stesen. Contohnya, sebutkan, “Mainkan 'Party Girls' oleh Victoria Monét” atau “Mainkan Tainy”.

  • Mainkan lagu popular daripada genre atau tahun berbeza: Sebutkan “Mainkan lagu teratas dari 1990”.

  • Mainkan muzik pada peranti didayakan AirPlay dalam bilik tertentu: Sebutkan sesuatu seperti “Mainkan album terkini oleh Loraine James di ruang tamu”.

  • Mainkan muzik dipilih hanya untuk anda: Sebut sesuatu seperti “Mainkan sesuatu yang saya suka” atau “Mainkan Campuran Santai saya”.

  • Benarkan Apple Music membantu anda mencari muzik yang baharu untuk anda: Sebut “Mainkan Discovery Station saya.”

  • Tambahkan muzik daripada Apple Music ke pustaka anda: Sebut, contohnya, “'What Now' oleh Brittany Howard pada Pustaka saya”. Atau semasa memainkan sesuatu, sebutkan “Tambah ini ke pustaka saya”. (Langganan Apple Music diperlukan.)

  • Tambah lagu atau album ke senarai main: Semasa memainkan lagu, sebut sesuatu seperti “Tambah lagu ini ke senarai main Latihan saya” atau “Tambah album ini pada senarai main Waktu Pagi Ahad saya”.

  • Ketahui lebih lanjut mengenai lagu semasa: Sebut “Apa yang sedang dimainkan?”, “Siapa yang menyanyikan lagu ini?”, atau “Lagu ini oleh siapa?”

    Petua: Anda juga boleh mengenal pasti lagu yang dimainkan pada atau berhampiran iPad dengan menambah kawalan Pengecaman Muzik ke Pusat Kawalan. Buka Pusat Kawalan, ketik butang Tambah di bahagian kiri atas, ketik Tambah Kawalan di bahagian bawah, kemudian ketik ikon Cam Muzik. Dengan lagu dimainkan, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Pengecaman Muzik.

  • Mainkan lagu berdasarkan liriknya: Sebut “Mainkan lagu dengan lirik” dan kemudian sebut frasa penting daripada lirik.

Ketahui cara menggunakan Siri.

Siri juga boleh membantu anda mencari muzik dalam iTunes Store. Lihat Dapatkan muzik, filem dan rancangan TV dalam iTunes Store.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.