Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ambil swafoto dalam mod Potret dengan kamera iPad anda

Pada model yang disokong, anda boleh menggunakan mod Potret apabila anda mengambil swafoto dengan kamera depan. Kesan ini memastikan muka anda tajam sementara mencipta latar depan dan latar belakang yang dikaburkan dengan cantik. Bergantung pada model iPad, anda juga boleh menggunakan kesan Pencahayaan Potret dan melaraskan paras kabur latar belakang.

Ambil selfie dalam mod Potret

  1. Buka Kamera Kamera pada iPad anda.

  2. Pilih mod Potret.

  3. Pegang iPad di hadapan anda, kemudian bingkaikan diri anda sendiri dalam kotak potret.

  4. Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.

Tukar kesan Pencahayaan Potret

Pada model yang menyokong Pencahayaan Potret, anda boleh menggunakan kesan pencahayaan berkualiti studio pada swafoto yang anda ambil dalam mod Potret.

  1. Buka Kamera Kamera pada iPad anda.

  2. Pilih mod Potret.

  3. Pegang iPad di hadapan anda, kemudian bingkaikan diri anda sendiri dalam kotak potret.

  4. Seret kawalan Pencahayaan Potret untuk memilih kesan pencahayaan:

    • Cahaya Semula Jadi: Muka dalam fokus tajam dengan latar belakang dikaburkan.

    • Cahaya Studio: Wajah diterangi dengan cerah dan foto mempunyai rupa yang bersih.

    • Cahaya Kontur: Muka mempunyai bayang dramatik dengan serlahan dan lampu rendah.

    • Cahaya Pentas: Muka disuluh dengan latar belakang gelap.

    • Cahaya Pentas Mono: Kesan serupa dengan Cahaya Pentas, tetapi foto dalam hitam putih klasik.

    • Cahaya Terang Mono: Mencipta subjek skala kelabu pada latar belakang putih—iPad Pro 11 inci (generasi ke-2 dan lebih baharu) dan iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-4 dan lebih baharu) sahaja.

  5. Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.

Laraskan Kawalan Kedalaman dalam selfie mod Potret

Pada model yang menyokong Kawalan Kedalaman, gunakan gelangsar Kawalan Kedalaman untuk melaraskan aras kabur latar belakang dalam swafoto yang anda ambil dalam mod Potret.

  1. Buka Kamera Kamera pada iPad anda.

  2. Pilih mod Potret.

  3. Pegang iPad di hadapan anda, kemudian bingkaikan diri anda sendiri dalam kotak potret.

  4. Ketik butang Kawalan Kedalaman di sebelah kanan skrin.

    Gelangsar Kawalan Kedalaman kelihatan di sebelah kanan.

  5. Seret gelangsar ke atas atau ke bawah untuk melaraskan kesan.

  6. Ketik butang Pengatup untuk mengambil gambar.

Selepas anda mengambil swafoto dalam mod Potret, anda boleh menggunakan gelangsar Kawalan Kedalaman dalam app Foto untuk melaraskan lagi paras kabur latar belakang. Lihat Kaburkan latar belakang dalam potret.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.