Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Muat turun lampiran e-mel dalam Mail pada iPad

Anda boleh memuat turun lampiran yang dihantar kepada anda dalam mesej e-mel atau mencari mesej dengan lampiran dalam peti mel anda dengan mudah.

Muat turun lampiran yang dihantar kepada anda

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Buka mesej dengan lampiran, kemudian sentuh dan tahan lampiran.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Simpannya dalam app Foto: Pilih Simpan Imej.

    • Simpannya dalam app Fail: Pilih Simpan ke Fail.

    • Buka dengan app lain: Ketik Kongsi , kemudian pilih app.

    Lampiran e-mel dipilih dengan tindakan yang boleh dilakukan disenaraikan.

    Petua: Anda boleh mengenal pasti dan mengetahui lebih lanjut tentang objek dalam foto yang anda terima. Sentuh dan tahan foto, kemudian pilih Rujuk. Lihat Gunakan Rujukan Visual untuk mengenal pasti objek dalam foto dan video anda pada iPad

Isi borang yang anda terima dalam Mail dengan cepat

Anda boleh menggunakan Isi Auto untuk mengisi borang yang anda terima dalam app Mail dengan cepat dan kemudian hantar semula borang tersebut ke pengirim asal tanpa meninggalkan Mail.

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Dalam mesej, ketik lampiran untuk membuka dokumen.

  3. Ketik butang Isi Auto, kemudian ketik medan kosong untuk memasukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin.

  4. Untuk mengisi baris lain, ketiknya, kemudian masukkan teks.

  5. Ketik Selesai, kemudian ketik Balas kepada [nama].

Cari e-mel dengan lampiran

Jika anda menghadapi masalah untuk mencari lampiran yang dihantar oleh orang lain, anda boleh menapis mesej e-mel anda untuk menunjukkan e-mel dengan lampiran sahaja.

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Dalam peti mel, ketik butang Togol Penapisan untuk mengaktifkan penapisan.

  3. Ketik “Ditapis ikut”, kemudian aktifkan Hanya Mail dengan Lampiran.

Petua: Anda juga boleh menunjukkan mesej e-mel dengan lampiran daripada semua akaun dalam satu peti mel. Untuk menyediakan peti mel lampiran, ketik butang Tunjukkan Bar Sisi di bahagian kiri atas untuk melihat peti mel anda, ketik Edit, kemudian pilih Lampiran. Peti mel lampiran mel kelihatan dalam senarai peti mel dengan peti mel lain anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.