Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Muat turun lampiran e-mel dalam Mail pada iPad

Dalam app Mail , anda boleh memuat turun lampiran yang dihantar kepada anda dalam e-mel atau mencari e-mel dengan lampiran dalam peti mel anda dengan mudah.

Muat turun lampiran yang dihantar kepada anda

Sentuh dan tahan lampiran, kemudian pilih Simpan Imej atau Simpan ke Fail.

Jika anda memilih Simpan Imej, anda boleh mencarinya kemudian dalam app Foto. Jika anda memilih Simpan ke Fail, anda boleh mencarinya kemudian dalam app Fail.

E-mel dibuka dan lampiran dipilih dengan tindakan yang boleh dilakukan disenaraikan. Pilihan termasuk Buka dalam Tetingkap Baharu, Tanda dan Balas, Simpan Imej, Simpan ke Fail, Kongsi dan Salin.

Petua: Untuk membuka lampiran dengan app lain, ketik Kongsi , kemudian pilih app.

Cari e-mel dengan lampiran

Jika anda menghadapi masalah untuk mencari lampiran yang dihantar oleh orang lain, anda boleh menapis e-mel anda untuk menunjukkan e-mel dengan lampiran sahaja.

  1. Dalam peti mel, ketik butang Togol Penapisan untuk mengaktifkan penapisan.

  2. Ketik “Ditapis mengikut”, kemudian aktifkan Hanya Mail dengan Lampiran.

Petua: Anda juga boleh menunjukkan e-mel dengan lampiran daripada semua akaun dalam satu peti mel. Untuk menyediakan peti mel lampiran, ketik butang Balik di bahagian kiri atas untuk melihat peti mel anda, ketik Edit, kemudian pilih Lampiran. Peti mel lampiran mel kelihatan dalam senarai peti mel dengan peti mel lain anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.