Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting kamera lanjutan pada iPad anda

Ketahui cara untuk melaraskan fokus dan pendedahan secara manual, mengaktifkan dan menyahaktifkan kelantangan pengatup serta menukar seting Kamera lain pada iPad anda.

Laraskan fokus dan pendedahan

Sebelum anda mengambil foto, kamera iPad mengesetkan fokus dan pendedahan secara automatik, serta pengecaman muka mengimbangkan pendedahan merentas kebanyakan muka. Untuk melaraskan fokus dan pendedahan secara manual, ikuti langkah ini:

  1. Ketik skrin untuk mendedahkan kawasan fokus automatik dan seting pendedahan.

  2. Ketik tempat yang anda mahu mengalihkan kawasan fokus.

  3. Bersebelahan kawasan fokus, seret butang Laraskan Pendedahan ke atas atau bawah untuk melaraskan pendedahan.

    Untuk mengunci fokus manual dan seting pendedahan untuk syot akan datang, sentuh dan tahan kawasan fokus sehingga anda melihat Kunci AE/AF; ketik skrin untuk membuka kunci seting.

Gunakan grid untuk meluruskan syot anda

Untuk memaparkan grid pada skrin kamera yang boleh membantu anda meluruskan dan menggubah syot anda, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian aktifkan Grid.

Selepas anda mengambil foto, anda boleh menggunakan alat pengeditan dalam app Foto untuk menjajarkan lagi syot dan melaraskan perspektif mendatar dan menegak. Lihat Luruskan dan laraskan perspektif.

Simpan seting kamera

Anda boleh menyimpan mod kamera terakhir yang anda gunakan supaya mod tidak direset apabila anda membuka Kamera pada kali seterusnya.

  • Pergi ke Seting  > Kamera > Kekalkan Seting.

  • Pada model disokong, anda juga boleh mengekalkan seting Live Photos.

Laraskan kelantangan pengatup

Laraskan kelantangan bunyi pengatup kamera menggunakan butang kelantangan pada sisi iPad anda. Atau, apabila Kamera terbuka, leret ke bawah dari penjuru kanan atas skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian seret gelangsar kelantangan.

Senyapkan bunyi pengatup menggunakan butang kelantangan atau suis Dering/Senyap, jika iPad anda mempunyainya.

Pengatup tidak membuat bunyi apabila Live Photos butang Live Photos diaktifkan.

Nota: Di sesetengah negara atau rantau, penyenyapan dinyahdayakan.

Lihat Laraskan kelantangan pada iPad.

Nyahaktifkan dan aktifkan Pengesanan Gambaran

Pada iPad mini (generasi ke-6), iPad Air (generasi ke-4 dan lebih baharu), iPad Pro 11 inci (generasi ke-3) dan iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-5), seting Pengesanan Gambaran boleh mengenal pasti perkara yang anda ambil foto dan menggunakan rupa yang disesuaikan untuk memberikan kualiti gambaran yang terbaik.

Pengesanan Gambaran aktif secara lalai. Untuk menyahaktifkan Pengesanan Gambaran, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian nyahaktifkan Pengesanan Gambaran.

Nyahaktifkan dan aktifkan Pembetulan Kanta

Pada iPad mini (generasi ke-6), iPad Air (generasi ke-5), iPad (generasi ke-9), iPad Pro 11 inci (generasi ke-3) dan iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-5), seting Pembetulan Kanta melaraskan foto yang diambil dengan kamera depan atau kamera Ultra Lebar untuk hasil yang lebih semula jadi.

Pembetulan Kanta aktif secara lalai. Untuk menyahaktifkan Pembetulan Kanta, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian nyahaktifkan Pembetulan Kanta.

Cerminkan kamera depan

Untuk mengambil swafoto dicerminkan yang menangkap rakaman semasa anda melihatnya dalam bingkai kamera, pergi ke Seting > Kamera, kemudian aktifkan Cerminkan Kamera Depan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.