Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat waktu di bandar serata dunia pada iPad

Gunakan app Jam untuk melihat waktu setempat dalam zon waktu berbeza di serata dunia.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Apakah masa sekarang?” atau “Apakah masa di London?” Ketahui cara meminta Siri.

Tab Jam Dunia, menunjukkan waktu di pelbagai bandar. Butang Edit berdekatan penjuru kiri atas membolehkan anda memadamkan bandar. Butang Tambah berdekatan penjuru kanan atas membolehkan anda menambah lebih banyak bandar. Butang Jam Dunia, Penggera, Jam Randik dan Pemasa berada di sepanjang bahagian bawah.
  1. Ketik Jam Dunia.

  2. Untuk mengurus senarai bandar anda, ketik Edit, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Tambah bandar: Ketik butang Tambah, kemudian pilih bandar.

    • Padam bandar: Ketik butang Padam.

    • Susun semula bandar: Sentuh dan tahan jam, kemudian seretnya ke kedudukan baharu.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.