Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Keluarkan peranti daripada Cari pada iPad

Anda boleh menggunakan app Cari untuk mengeluarkan peranti daripada senarai Peranti anda atau menyahaktifkan Kunci Pengaktifan pada peranti yang anda telah jual atau berikan. Apabila anda mengeluarkan Kunci Pengaktifan, orang lain boleh mengaktifkan peranti dan menyambungkannya ke Apple ID mereka.

Jika anda masih mempunyai peranti, anda boleh menyahaktifkan Kunci Pengaktifan dan mengeluarkan peranti daripada akaun anda dengan menyahaktifkan seting Cari [peranti] Saya pada peranti.

Keluarkan peranti daripada senarai Peranti anda

Jika anda tidak merancang untuk menggunakan peranti, anda boleh mengeluarkannya daripada senarai Peranti anda. Peranti mesti berada di luar talian untuk anda mengeluarkannya.

Peranti kelihatan dalam senarai Peranti anda pada kali seterusnya peranti dalam talian jika Kunci Pengaktifannya masih aktif (untuk iPhone, iPad, iPod touch, Mac, atau Apple Watch), atau dipasangkan dengan peranti iOS atau iPadOS anda (untuk AirPods atau fon kepala Beats).

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Untuk iPhone, iPad, iPod touch, Mac, atau Apple Watch: Nyahaktifkan peranti.

    • Untuk AirPods: Letakkan AirPods dalam bekasnya dan tutup penutup atau matikan AirPods.

    • Untuk fon kepala Beats: Nyahaktifkan fon kepala.

  2. Dalam Cari, ketik Peranti di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama peranti di luar talian.

  3. Ketik Keluarkan Peranti Ini, kemudian ketik Keluarkan.

Keluarkan Dompet Kulit iPhone

Anda boleh mengeluarkan Dompet Kulit iPhone dengan sokongan Cari daripada senarai Peranti anda jika anda tidak mahu ia kelihatan dalam app Cari. Mengeluarkannya daripada Cari membolehkan orang lain menyambungkannya ke Apple ID mereka.

  1. Dalam Cari, ketik Peranti di bahagian bawah skrin, kemudian ketik nama Dompet Kulit iPhone anda.

  2. Ketik Keluarkan Peranti Ini, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Nyahaktifkan Kunci Pengaktifan pada peranti yang anda tidak lagi miliki

Jika anda menjual atau memberi iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple Watch anda dan anda terlupa untuk menyahaktifkan Cari [peranti] Saya, anda masih boleh mengeluarkan Kunci Pengaktifan menggunakan app Cari.

  1. Ketik Peranti di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama peranti yang anda mahu keluarkan.

  2. Padamkan peranti.

    Disebabkan peranti bukan hilang, jangan masukkan nombor telefon atau mesej.

    Jika peranti di luar talian, pemadaman jauh bermula pada kali seterusnya ia bersambung ke rangkaian Wi-Fi atau selular. Anda akan menerima e-mel apabila peranti dipadam.

  3. Apabila peranti dipadam, ketik Keluarkan Peranti Ini, kemudian ketik Keluarkan.

    Semua kandungan anda dipadamkan, Kunci Pengaktifan dinyahaktifkan dan orang lain kini boleh mengaktifkan peranti tersebut.

Anda juga boleh mengeluarkan peranti dalam talian menggunakan iCloud.com. Untuk mendapatkan arahan, lihat Keluarkan peranti daripada Cari iPhone Saya di iCloud.com dalam Panduan Pengguna iCloud.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.