Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Face ID pada iPad

Gunakan Face ID (model disokong) untuk membuka kunci iPad dengan selamat dan mudah, membenarkan pembelian dan bayaran, serta mendaftar masuk ke kebanyakan app pihak ketiga dengan hanya sekilas pandang pada iPad anda.

Untuk menggunakan Face ID, anda juga mesti mengesetkan kod laluan pada iPad anda.

Sediakan Face ID atau tambah penampilan alternatif

  • Jika anda tidak menyediakan Face ID apabila anda menyediakan iPad anda buat pertama kali, pergi ke Seting  > Face ID & Kod Laluan > Sediakan Face ID, kemudian ikuti arahan atas skrin.

  • Untuk menyediakan penampilan tambahan untuk dicam oleh Face ID, pergi ke Seting > Face ID & Kod Laluan > Sediakan Penampilan Alternatif, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Jika anda mempunyai pengehadan fizikal, anda boleh mengetik Pilihan Kebolehcapaian semasa persediaan Face ID. Apabila anda melakukan ini, menyediakan pengecaman muka tidak memerlukan julat penuh pergerakan kepala. Menggunakan Face ID masih selamat, tetapi ia memerlukan lebih kekonsistenan dalam cara anda memandang pada iPad.

Face ID juga mempunyai ciri kebolehcapaian yang anda boleh gunakan jika anda buta atau mempunyai penglihatan yang lemah. Jika anda tidak mahu Face ID meminta anda memandang pada iPad dengan mata anda terbuka, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Face ID & Perhatian, kemudian nyahaktifkan Memerlukan Perhatian untuk Face ID. Ciri ini dinyahaktifkan secara automatik jika anda mengaktifkan VoiceOver apabila anda menyediakan iPad pada kali pertama. Lihat Tukar seting Face ID dan perhatian pada iPad.

Nyahdayakan Face ID buat sementara

Anda boleh menyekat Face ID daripada membuka kunci iPad anda buat sementara.

  1. Tekan dan tahan butang atas dan salah satu butang kelantangan selama 2 saat.

  2. Selepas gelangsar kelihatan, tekan butang atas untuk mengunci iPad serta merta.

    iPad dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin untuk masa seminit atau lebih.

Kali seterusnya anda membuka kunci iPad dengan kod laluan anda, Face ID didayakan lagi.

Nyahaktifkan Face ID

  1. Pergi ke Seting  > Face ID & Kod Laluan.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Nyahaktifkan Face ID untuk item khusus sahaja: Nyahaktifkan satu atau lebih pilihan.

    • Nyahaktifkan Face ID: Ketik Reset Face ID.

Jika peranti anda hilang atau dicuri, anda boleh mencegah Face ID daripada digunakan untuk membuka kunci peranti anda dengan Mod Hilang Cari iPhone Saya. (Lihat Tambah iPad anda ke Cari.)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Face ID, lihat Perihal teknologi lanjutan Face ID.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.